**********
(Kiri) nova 3i (Kanan) nova 3

Huawei nova 3 dan 3i baru sahaja dirasmikan di negara China, dan esok kita akan bersama-sama menyambut kedatangannya, excited tak?! Penampilan siri nova baharu ini jelas memperlihatkan betapa serius-nya Huawei dalam mengeluarkan sesuatu produk milik mereka.

Siri nova adalah lebih memfokuskan kepada generasi pemuda-pemudi, terutama mereka yang suka mengambil gambar dengan peranti pintar telah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Apatah lagi ciri-ciri menarik yang ditawarkan dalam kamera turut menceriakan lagi personaliti individu.

Okay, bersama kami menerokai lebih mendalam lagi peranti yang kononnya dikatakan setaraf dengan P20! Let’s go~

Baca Juga: Harga Rasmi Huawei nova 3i & nova 3

 

Unboxing Huawei nova 3i ↓↓↓

 

REKAAN PREMIUM HARGA MAMPU MILIK

Rasa pegangan nova 3 dan nova 3i seperti peranti premium, binaan yang  kukuh dan selesa tidak berasa beban juga pada wanita yang mempunyai tapak tangan yang kecil. Warna unik dua tona turut dipadankan pada siri nova baharu.

(Kiri) nova 3i (Kanan) nova 3

Nova 3 yang kami terima adalah Iris Purple, manakala nova 3i adalah Blue, kedua-dua warna ini akan berubah pada setiap sudut pandangan, memberikan pengalaman visual yang premium.

Paparan skrin 6.3 inci FHD+ FullView Display2.0 pada nisbah 19:5:9 ini lebih besar berbanding nova 2i dan lebih cerah dengan 85% warna NTSC gamut padanya.

(Bawah) nova 3i (Atas) nova 3

Panel belakang mmeperlihatkan sokongan dwi kamera dengan kedudukan menegak di bahagian tepi. Nova 3i menawarkan 16MP + 2MP kamera utama dengan bantuan LED flash, sementara nova 3 hadir spesifikasi yang lebih tinggi iaitu 24MP + 16MP bersama LED flash juga. Pengimbas cap jari masih kekal di tengah-tengah panel belakang, selain sokongan pengecaman wajah.

(Kiri) nova 3i (Kanan) nova 3

Bahagian kamera hadapan pula, kedua-dua nova dibekalkan dengan dwi kamera 24MP + 2MP. Lebih menarik, sokongan AI tidak lagi hanya pada kamera utama, sebaliknya telah ditawarkan pada siri nova terbaru. Ruangan penggambaran kita akan sembang pada artikel yang seterusnya.

(Atas) nova 3i (Bawah) nova 3

Sambungan port agak berlain di mana nova 3i menggunakan micro USB sebagai penghantaran fail atau proses pengecasan, dan nova 3 yang mempunyai spesifikasi lebih tinggi datang dengan port USB Type-C. Bersebelahannya adalah 3.5mm audio jack dan speaker, bahagian atas hanya terdapat mikrofon sahaja.

Sisi kiri

Beralih ke sisi kiri, kedua-duanya terletak slot SIM yang menyokong dual SIM (Nano SIM + Nano SIM/microSD), sisi kanan pula seperti biasa terletak butang laras suara dan butang kunci.

Sisi kanan

Artikel seterusnya akan kami sampaikan fungsi peningkatan yang ada pada siri nova baharu. Harga jualan berapa? Esok akan tahu secara rasmi, tunggu berita lanjut dari kami ya.

 

Unboxing Huawei nova 3 ↓↓↓

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here