Pandang Pertama: honor Play, Peranti Gaming Pertama Dengan Teknologi GPU Turbo

506
**********

Sebelum pelancaran rasmi pada 7 Ogos 2018 nanti, kita sekilas pandang dahulu peranti pertama yang memfokuskan pada permainan mudah alih dengan teknologi GPU Turbo ini, dipersilakan honor Play.

Menurut Huawei, teknologi GPU Turbo tidak dapat dinafikan prestasi dari keseluruhannya kerana ia mampu mengoptimasikan kelancaran peranti semasa bermain permainan berat. Sekarang biar kami tunjuk sedikit reka bentuk luaran peranti ini dahulu.

Paparan Skrin 6.3 Inci FHD+

Reka bentuk honor Play boleh dikatakan agak moden, tidak seperti peranti gaming tersedia di pasaran yang lebih hardcore, mungkin disebabkan warna Ultra Violet. Skrin berukuran 6.3 inci FHD+ dengan bezel nipis ini sesuai semasa bermain permainan.

honor Play dijana dengan cip pemproses Kirin 970 dengan teknologi GPU Turbo, masih kekal antaramuka EMUI dan beroperasi di bawah Android Oreo terbaru. Di bahagian atas skrin terletak kamera swafoto 16MP.

 

Panel Belakang

Dwi kamera 16MP + 2MP menegak seperti iPhone X tersedia di sini, di bawah kamera selain LED flash jelas nampak juga perkataan “AI CAMERA” yang menjadi keperluan asas pada spesifikasi kamera masa kini.

Pengimbas cap jari juga berada di sini bahagian tengah.

 

Bahagian Sisi, Atas & Bawah

Sisi kiri terdapat satu slot SIM jenis hybrid, menyokong dwi Nano SIM atau Nano SIM + microSD. Sebelah sisi kanan pula seperti biasa terletak butang laras suara dan butang kuasa.

Sisi Kiri
Sisi Kanan

Bagi sambungan pula, honor Play menyediakan port USB Type-C untuk kerja pengecasan dan penghantaran data, 3.5mm jack audio dan speaker turut disediakan.

Berakhir di sini untuk reka bentuk honor Play, untuk spesifikasi dan reviu penuh kita tunggu pelancaran rasmi pada 7 Ogos ini.

 

Eksklusif! Unboxing honor Play ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here