[Pandang Pertama] Fizikal Huawei MediaPad M5

119
**********

Huawei MediaPad M5 dan M5 Pro telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia sebentar tadi. Sebelum melihat rebiu penuh mengenai peranti ini, apa kata kita lihat rekaan fizikal MediaPad M5 terlebih dahulu, yang mana menyokong paparan skrin 2K berukuran 8.4 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel.

#01 Menampilkan paparan skrin 2K berukuran 8.4 inci HD IPS dengan resolusi 2560 x 1600 piksel.

#02 Panel belakang dilengkapi lensa utama 13 Megapiksel yang sedikit timbul serta tulisan Huawei.

#03 Di bahagian bawah panel belakang terdapat tulisan Harmon Kardon.

#04 Bahagian atas hanya kelihatan lubang speaker dan juga jalur antena.

#05 Manakala bahagian bawah juga kelihatan dua speaker dan ditengah-tengahnya terdapat USB Type-C bagi tujuan pengecasan.

#06 Kamera swafoto beresolusi 8 Megapiksel berada ditengah-tengah paparan skrin.

#07 Butang Home pada MediaPad M5 ini masih dikekalkan yang mana terletak dibawah paparan skrin.

#08 Sisi kanan menempatkan butang popular iaitu butang laras volume serta butang kuasa.

#09 Sisi kiri pula agak kosong kerana hanya terdapat slot untuk kad SIM dan kad tambahan microSD jenis hibrid.

#10 Huawei MediaPad M5 pastinya memberi kepuasan kepada pengguna apabila bermain permainan mudah-alih.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here