[Pandang Pertama] Fizikal Huawei MediaPad M5 Pro

227
**********

Tadi kita dah lihat rekaan fizikal Huawei MediaPad M5, sekarang apa kata lihat pula fizikal MediaPad M5 Pro. Menampilkan paparan skrin lebih besar berbanding MediaPad M5 iaitu bersaiz 10.8 inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel, tablet ini hadir dengan stylus pen yang dikenali sebagai Huawei M-Pen. Ia berupaya membaca 4,096 tahap tekanan sesuai untuk menulis, melukis dan melakar.

#01 Menampilkan paparan skrin 2K berukuran 10.8 inci HD IPS dengan resolusi 2560 x 1600 piksel.

#02 Panel belakang dilengkapi penggambaran utama 13 Megapiksel yang sedikit timbul serta tulisan Huawei.

#03 Tablet ini menyokong dua lubang speaker yang terletak di bahagian atas dan bawah panel belakang.

#04 Di bahagian panel belakang juga terdapat tulisan Harmon Kardon.

#05 Sisi kanan kelihatan padat dengan butang laras volume, butang kuasa, slot untuk kad SIM / microSD serta port USB Type-C.

#06 Huawei MediaPad M5 Pro boleh dipadankan dengan papan kekunci QWERTY, tetapi perlu dibeli bersaingan.

#07 Butang Home pada MediaPad M5 Pro masih dikekalkan sepertimana MediaPad M5 yang terletak dibawah skrin.

#08 Kamera swafoto beresolusi 8 Megapiksel berada ditengah-tengah paparan skrin.

#09 Hadir dengan stylus pen dikenali sebagai Huawei M-Pen yang boleh digunakan selama 15 jam dengan sekali isian penuh.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here