OPPO Find X Kini Boleh Ditempah Di Lazada – Bermula 15 Julai Hingga 17 Julai 2018

400
**********
Keda’z Feng, seorang jurugambar terkenal akan berkongsi mengenai OPPO Find X di pelancaran rasmi!

OPPO Malaysia berkongsi berita gembira buat peminat OPPO Find X di Malaysia. Kepada yang tidak sabar dan ingin menjadi orang terawal memiliki peranti masa depan ini, boleh membuat pra-tempah di Lazada bermula 15 Julai hingga 17 Julai 2018.

Pengguna boleh mendapatkan baucer bernilai RM100 dan menggunakan baucer tersebut untuk membeli OPPO Find X di kedai rasmi OPPO di Lazada pada 17 Julai 2018 ini.

Bagi memeriahkan pelancaran rasmi Find X di Malaysia, jurugambar terkenal Keda’z Feng serta pelakon popular Zahirah Macwilson akan turut menyerikan pelancaran tersebut dengan kehadiran mereka dan bakal berkongsi pengalaman sendiri menggunakan OPPO Find X.

Zahirah Macwilson yang popular dengan drama ‘Jangan Benci Cintakku’ akan menyerikan pelancaran rasmi OPPO Find X nanti!

Keda’z Feng sebagai seorang jurugambar profesional akan berkongsi mengenai reka bentuk dan penggamban Find X yang memberi inspirasi kepadanya, manakala Zahirah Macwilson pula akan berkongsi pengalamannya menggunakan telefon pintar ini dalam kehidupan seharian dengan jadual yang penuh.

Teruja? Tunggu pelancaran rasmi empat hari lagi!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here