OPPO A5 Dilancarkan Di China – Sokong Spesifikasi Kelas Pertengahan!

382
**********

OPPO baru-baru ini telah melancarkan model terbarunya dalam kelas pertengahan yang diberi nama OPPO A5 untuk pasaran China. Menawarkan peranti dengan skrin 6.2-inci HD+ (1520 x 720 piksel) menggunakan paparan bernisbah 19:9 bertakuk.

OPPO A5 dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 450 berkelajuan 1.8GHz bersama memori RAM 4GB serta storan sebesar 64GB. Menyokong penggambaran dwi-kamera 13MP f/2.2 + 2MP f/2.4 untuk rakaman bokeh, sementara kamera swafoto pula hadir dengan sensor 8 Megapiksel dengan teknologi AI.

Spesifikasi lain adalah bateri berkapasiti 4,230mAh di samping memori tambahan melalui slot kad microSD. Menurut laman sesawang, peranti ini didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu merah jambu serta biru. Untuk harga pula, OPPO A5 dijual dengan tanda harga CNY1,500 (kira-kira RM914).

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here