Okay! Rasmi Dah BlackBerry Key2! Jumpa Esok~

242
**********

Seperti ramai sedia maklum, BlackBerry Key2 yang sebelum ini dilancarkan di pasaran global, kini telah mendapat pengesahan dari BlackBerry bahawa peranti ini akan dilancarkan pada esok hari, 10 Julai 2018.

Mengikut apa yan diketahui, peranti ini adalah peningkatan kepada BlackBerry KeyOne yang dilancarkan pada tahun lepas. Apa peningkatan pada Key2? Walaupun skrin tetap sama seperti sebelumnya iaitu 4.5 inci, tetapi rekaan bingkai telah dinipiskan termasuk papan kekunci yang lebih baik. Tambahkan lagi, cip pemproses Snapdragon 660, 6GB RAM dan 128GB ROM lebih menjamin keupayaan peranti ini.

Selain itu, Speed Key yang berfungsi sebagai kekunci khas untuk mengakses 52 pintasan dengan pantas turut disediakan. Kamera pula BlackBerry amat bijak mengikut jejak dwi kamera, di mana sokongan 12MP + 12MP dengan Dual Tone LED flash dibekalkan pada panel belakang Key2, sementara lensa depan 8MP dengan Selfie Flash (paparan LCD) juga tidak kalah peranti yang tersedia di pasaran.

Walaupun rekaan papan kekunci fizikal agak kurang di pasaran masa kini, tetapi bukannya tidak laku kerana masih ada sejumlah peminatnya. Jadi berapa harga jualan peranti ini, esok kita sampaikan ya~

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here