Nokia 6.1 & Nokia 8110 4G Kini Tiba di Malaysia – Berharga RM1,100 Dan RM285!

Nokia 6.1

HMD Global yang terkenal dengan pengeluaran telefon pintar Nokia telah mengumumkan pelancaran dua model baharu iaitu Nokia 6.1 dan juga Nokia 8110 di pasaran tempatan. Kedua-dua peranti ini boleh dimiliki melalui semua pengedar rasmi Nokia di seluruh negara mulai 6 Julai 2018.

Nokia 6.1 dikuasakan oleh Snapdragon 630 yang dikatakan 60% lebih pantas berbanding model sebelumnya! Dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo, menyokong paparan skrin 5.5 inci dengan resolusi FHD (1920 x 1080 piksel). Keupayaan penggambarannya pula telah dibantu dengan sokongan kamera utama beresolusi 16 Megapiksel (f/2.0), serta kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel. Bateri berkapasiti 3000 mAh ini turut menyokong teknologi pengecasan pantas.

Nokia 8110 4G

Nokia 8110 4G pula dioperasikan oleh Smart Features OS dan dikuasakan dengan pemproses dua teras dari Qualcomm 205 dengan kelajuan 1.1GHz. Dengan sokongan paparan skrin berukuran 2.4 inci QVGA, ‘Nokia Pisang’ kini menyokong ruang storan sebesar 4GB, RAM 512MB dan juga bateri berkapasiti 1500mAh.

Ditawarkan dalam varian 64GB + RAM 4GB, Nokia 6.1 dijual pada harga RM1,100 dalam warna dua tona iaitu Biru/Emas. Manakala Nokia 8110 4G pula akan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Hitam Tradisi dan Kuning Pisang berharga RM285.

https://www.facebook.com/NokiamobileMY/videos/272650746626226/?brand_redir=420475208340888

You might also like