Nokia 3.1 Berharga RM655 – Reka Bentuk Premium Serba Bergaya

199
**********

Peminat Nokia kini ada pilihan lagi! Setelah membawa masuk Nokia 6.1 dan 8110 4G, HMD Global sekali lagi mengumumkan kemasukan Nokia 3.1 ke pasaran tempatan, dengan tana harga RM655.

Nokia 3.1 mempunyai reka bentuk yang premium dengan gabungan bingkai logam dan skrin kaca, paparan nisbah 18:9 pada skrin 5.2 inci HD ini dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 3. Bahagian kamera pula menawarkan 13MP dan LED flash pada panel belakang, sementara 8MP dibekalkan pada kamera hadapan yang menyokong sudut luas.

Tampil dibawah ekosistem Android One dengan perisian Android Oreo, Nokia 3.1 juga boleh menikmati pelbagi ciri-ciri terkini dari Google. Cip pemproses MediaTek 6750 dengan 3GB RAM dan 32GB ROM turut menjanjikan peningkatan prestasi 50% berbanding generasi terdahulu.

Pengguna yang berminat boleh mendapatkan di pengedar sah Nokia di seluruh negara pada harga RM655, pilihan warna termasuk biru, hitam dan putih.

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here