Microsoft Surface Go Dilancarkan – Rekaan Lebih Kecil & Harga Mampu Milik!

112
**********

Microsoft telah melancarkan sebuah model terbaharu yang diberi nama Surface Go dengan rekaan lebih kecil serta harganya juga lebih mampu milik. Hadir dengan ketebalan hanya 8.3mm dan berat hanya 521g, komputer riba ini menampilkan paparan skrin PixelSense bersaiz 10 inci dengan resolusi 1800 x 1200 piksel serta menyokong penggunaan Surface Pen.

Berbanding pemproses Intel Atom yang digunakan pada model sebelum ini, Surface Go telah dikuasakan oleh pemproses Intel Pentium Gold 4415Y bersama grafik Intel HD 615 yang pastinya lebih lancar.

Terdapat dua pilihan memori dan RAM iaitu 4GB atau 8GB RAM serta pilihan storan 64GB dan 128GB. Untuk kamera pula, Surface Go menyokong lensa utama 8 Megapixel, sementara kamera hadapan beresolusi 5 Megapiksel hadir dengan sokongan kamera IR untuk fungsi Windows Hello Login.

Microsoft Surface Go akan dijual pada harga bermula USD399 (kira-kira RM1,589). Berita baik untuk pengguna di Malaysia kerana Microsoft Malaysia telah mengesahkan bahawa Surface Go boleh di tempah bermula 2 Ogos 2018 ini. Namun, buat masa ini tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai harga komputer riba ini untuk pasaran Malaysia.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here