[Khabar Angin] Huawei Mate 20 Pro Akan Menggunakan Skrin Melengkung OLED?!

Mate 10 Pro

Sebelum itu ada berita tertiris dari pihak Huawei bahawa peranti gaming bakal diperkenalkan pada hujung tahun ini, terkini bocor pula siri Mate 20, satu peranti flagship yang dinanti-nantikan setelah Mate 10/Mate 10 Pro mencapai jualan yang tak disangka oleh peminatnya.

Menurut khabar angin, Mate 20 akan menggunakan paparan skrin lengkung OLED sepertimana yang digunakan pada Mate 10 Porsche Design. Bagi pengetahuan anda, siri sebelumnya iaitu Mate 10 menggunakan paparan skrin LCD dan Mate 10 Pro pula skrin AMOLED.

Baca Juga: Potongan Harga Sehingga RM400 – Huawei Mate 10 Pro Kini Berharga RM2,699

Mate 10

Tambahan lagi, teknologi In-Display Fingerprint dikhabarkan juga akan hadir bersama kali ini. Ada juga khabar angin mengatakan Mate 20 Pro akan hadir dengan gabungan lima kamera, dua pada kamera hadapan dan tiga pada panel belakang.

Apa-apa pun sampai sekarang masih tiada sebarang berita lanjut lagi, jadi tunggu je pihak Huawei bagi kejutan besar ya~

[Sumber]

 

Baca Juga:

 

 

You might also like