Kemas Kini GPU Turbo Untuk Huawei nova 3 & 3i Bermula 8 Ogos 2018

481
**********

Hari minggu yang lepas Huawei telah membuka sesi penjualan untuk nova 3i di IOI City Mall, dan berjaya mencapai lebih daripada 1000 unit dijual pada hari pertama.

Peranti yang dikuasakan dengan Kirin 710 bagi nova 3i dan Kirin 970 bagi nova 3 ini sama-sama hadir dengan sokongan GPU Turbo, suatu teknologi dari Huawei yang lebih memfokuskan pada prestasi pemprosesan grafik.

Menurut Huawei pada pelancaran siri nova 3 sebelum itu, kemas kini GPU Tubro untuk kedua-dua peranti ini akan diedarkan bermula 8 Ogos 2018. Bermakna pengguna nova 3i dan nova 3 boleh menikmati kelancaran peranti pada bila-bila masa, terutamanya semasa bermain permainan.

Harga untuk nova 3i adalah RM1,249, sementara nova 3 adalah RM1,899 dan akan bermula dijual pada 17 Ogos nanti.

 

Baca Juga:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here