JOI Book 100 Diperkenalkan – Sokong Bateri Berkapasiti 10,000mAh Pada Harga RM1,299

379
**********

SNS Network sebelum ini telah hadir dengan penawaran peranti mampu milik di bawah jenama JOI. Hari ini, mereka kembali dengan model terbaru yang diberi nama JOI Book 100, sebuah komputer riba ultrabook mampu milik pada harga RM1,299 dengan tawaran eksklusif Intel SSD 128GB (RM249) serta beg galas JOI Anti-theft (RM129).

Hadir dengan rekaan nipis dengan ketebalan hanya 14mm dan seberat 1.35kg, komputer riba ini menampilkan paparan skrin berukuran 14.1 inci dengan resolusi 1920 x 1080 piksel serta menyokong nisbah skrin-ke-kerangka yang tinggi. Dikuasakan oleh pemproses Intel Celeron N3450 dengan kad grafik Intel HD Graphics 500, JOI Book 100 menawarkan memori RAM 4GB dan storan berkapasiti 32GB serta dioperasikan bersama Windows 10.

Kelebihan komputer riba ini adalah dilengkapi bateri 10,000mAh yang mampu bertahan sehingga 6 hingga 8 jam dengan sekali isian penuh. Sokong kamera hadapan beresolusi 2 Megapiksel, JOI Book 100 menawarkan waranti selama satu tahun serta boleh didapati dalam pilihan warna hitam dan emas.

Bermula 12 Julai hingga 15 Julai 2018, setiap pembelian JOI Book 100 akan mendapat wayarles tetikus secara percuma serta tawaran PWP Microsoft Office 365 pada harga RM99 atau Seagate BackUp Plus 1TB berharga RM169 yang boleh dibeli di Gloo atau Lazada.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here