iPhone Model 2018 Bakal Hadir Dengan Pilihan Warna Trendy?!

174
**********

Berbaki kurang dari dua bulan, Apple bakal melancarkan model iPhone terbaharu mereka  dan nampaknya ura-ura bagi model tersebut semakin banyak diumumkan di laman sesawang.

Terbaru, penganalisa Ming Chi Kuo telah mengumumkan model iPhone X Plus bakal hadir dengan beberapa pilihan warna baru di antaranya adalah hitam, putih dan juga emas. Manakala model iPhone X (2018) yang hadir dengan paparan skrin 6.1 inci pula akan dikeluarkan dengan pilihan warna kelabu, putih, biru, merah serta oren.

Sekiranya benar, ini adalah kali pertama Apple mengumumkan warna merah pada pelancaran iPhone selepas iPhone 5C. Walaupun hadir dengan pilihan warna trendy, kami tertarik untuk mengetahui sama ada Apple masih mengekalkan penggunaan kaca atau tidak pada panel belakang pada model iPhone terbaharu ini?

Benar atau tidak berita yang dikongsikan ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi tidak lama lagi!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here