Huawei nova 3 & nova 3i Kini Rasmi, Spesifikasi Telah Dipertingkatkan

1218
**********

Siri nova merupakan salah satu peranti yang dinanti-nantikan ramai, setelah nova 2i dan 3e kini tiba masanya nova 3 dan nova 3i bertemu peminatnya! Pelancaran rasmi di Malaysia juga telah ditetapkan sehari selepas pelancaran di China, iaitu 19 Julai 2018.

nova 3 dan nova 3i merupakan peranti yang hadir dengan spesifikasi flagship namun tetap mesra pengguna, skrin 6.3 inci direka pada skrin rongak yang boleh dipilih untuk menyembunyikan. Nisbah skrin 19:5:9 menawarkan paparan visual yang lebih memukau mata dengan 85% warna NTSC gamut telah dipertingkatkan berbanding nova 2i.

Menurut Huawei, nova 3i merupakan peranti pintar yang hadir dengan cip pemproses Kirin 710 terkini, sementara nova 3 pula dibekalkan Kirin 970. Kedua-duanya mempunyai prestasi yang unggul tambahan lagi ekoran memori 4GB RAM dan 128GB ROM bagi nova 3i, serta 6GB RAM dan 128GB ROM bagi nova 3 turut menyerikan lagi keupayaan peranti baharu ini.

Fokus utama siri nova terbaru adalah penggambaran empat kamera, di mana nova 3i hadir dengan dwi kamera utama 16MP + 2MP dan dwi kamera hadapan 24MP + 2MP. Bagi nova 3 pula, kamera utama dibekal dengan 24MP + 16MP dan kamera hadapan sama dengan nova 3i.

Sokongan AI masih ada pada bahagian kamera, selain itu animasi seperti emoji dari nova ini diberi nama Qmoji memudahkan anda berkongsi kepada kawan-kawan di sosial media. Siri baharu bukan sahaja memfokuskan pada penggambaran, kehadiran GPU Turbo juga mempertingkatkan lagi prestasi peranti terutamanya bermain permainan PUBG Mobile dan Mobile Legends.

Harga jualan untuk Huawei nova 3i adalah RMB1999 (~RM1205) bagi versi 4GB + 128GB, manakala RMB2199 (~RM1325) bagi versi 6GB + 64GB. Model nova 3 pula dijual pada harga RMB 2999 (~RM1808) bagi versi 6GB + 128GB.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here