Huawei MediaPad M5 Diperkenalkan Dengan Dua Varian – Berharga RM1,499 & RM1,899

135
**********

Huawei Malaysia hari ini telah menambah satu lagi produk di bawah segmen tablet yang dikemas kini dan membawakan spesifikasi lebih baik berbanding keluaran terdahulu. Ditawarkan dalam dua varian berbeza, MediaPad M5 (8.4 inci) / M5 Pro (10.8 inci) memfokuskan kepada mereka yang gemar bermain permainan mudah-alih.

Huawei MediaPad M5 ditawarkan dalam pilihan warna Space Gray dan Champagne Gold dan dijual dengan harga RM1,499 yang boleh dibeli bermula 13 Julai 2018. Manakala MediaPad M5 Pro pula hanya hadir dengan warna Space Gray dan berharga RM1,899 serta dijual bermula 25 Julai 2018.

Dari kiri : Paparan skrin Huawei MediaPad M5 Pro (10.8 inci) & MediaPad M5 (8.4 inci).

Setiap pembelian MediaPad M5 akan mendapat sebuah Gamepad khas, sementara pembeli MediaPad M5 Pro pula akan mendapat Flip-Cover sementara stok masih ada. Pengguna juga akan mendapat langganan premium Viu selama 6 bulan secara percuma.

Huawei MediaPad M5 / M5 Pro dioperasikan bersama Android 8.0 dengan paparan UI EMUI 8.0 dan dikuasakan oleh pemproses Kirin 960 serta menyokong RAM 4GB + ROM 64GB. Dari segi penggambaran pula, kedua-duanya dilengkapi penggambaran utama 13 Megapiksel auto fokus, sementara kamera hadapan beresolusi 8 Megapiksel tanpa sokongan LED flash.

Dari kiri : Panel belakang Huawei MediaPad M5 Pro (10.8 inci) & MediaPad M5 (8.4 inci).

Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada kedua-dua tablet ini pastinya paparan skrin 2K bersaiz 8.4-inci atau 10.8-inci dengan resolusi 2560 x 1600 piksel. Kapasiti baterinya juga berbeza iaitu 5100mAh atau 7500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 9V/2A. Hadir dengan dua atau empat speaker yang ditala oleh Harman Kardon, speaker ini turut menggunakan teknologi Huawei Histen bagi memberikan pengalaman audio 3D sebenar.

Lebih istimewa, MediaPad M5 Pro hadir dengan stylus pen yang diberi nama Huawei M-Pen yang boleh digunakan selama 15 jam dengan sekali isian penuh. Ia berupaya membaca 4,096 tahap tekanan sesuai untuk menulis, melukis, melakar, mereka dan sebagainya.

Huawei MediaPad M5 (8.4 inci) memfokuskan kepada mereka yang suka bermain permainan mudah alih.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here