Huawei MediaPad M5 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Esok?

280
**********

Sebelum ini kami ada berkongsi dengan anda mengenai pengenalan tablet terbaharu keluaran Huawei iaitu MediaPad M5. Apa yang menariknya tablet ini, ia dilengkapi dengan spesifikasi lebih baik berbanding keluaran terdahulu.

Terbaru, Huawei Malaysia telah menghantar jemputan kepada kami untuk menghadiri pelancaran rasmi tablet ini di Malaysia pada 12 Julai 2018 (esok).

Secara ringkasnya, MediaPad M5 menampilkan paparan skrin 8.4 inci beresolusi 2560 x 1600 piksel dengan dua pilihan memori iaitu 32GB + 4GB ROM dan 64GB + 4GB RAM. Dioperasikan bersama Android 8.0 Oreo dengan EMUI 8.0, tablet ini telah dikuasakan oleh Kirin 960 serta dilengkapi bateri sebesar 5100mAh dengan sokongan pengecasan pantas 9V/2A.

Dari segi penggambaran pula, ia menawarkan kamera utama 13 Megapiksel, sementara kamera depan pula menggunakan sensor 8 Megapiksel tanpa sokongan LED flash.

Nak tahu harga MediaPad M5 ini, kena tunggu pelancaran rasmi esok ya!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here