Honor Malaysia Tawar Diskaun Untuk Telefon Pintar & Aksesori Terpilih – Bermula 17 Julai Hingga 22 Julai 2018

309
**********

Bersempena dengan pelancaran platform e-dagang dan juga portal maklumat hihonor, honor Malaysia telah mengumumkan promosi ‘7uly Madness Offers’ untuk peminat jenama honor tempatan.

Bermula 17 Julai hingga 22 Julai 2018, pengguna boleh membeli pelbagai produk terbaru keluaran honor dengan potongan harga mencecah sehingga 31%. Selain itu pembelian untuk produk terpilih juga akan turut menerima hadiah percuma, sementara stok masih ada.

Sepanjang tempoh promosi ini, pengguna boleh memiliki honor 7S pada harga RM349 (harga asal RM379), honor 7A pula akan dijual pada harga RM429 (harga asal RM479), manakala honor 7X ditawarkan pada harga hanya RM729 (harga asal RM849).

Selain itu, promosi ‘7uly Madness Offers’ ini turut menjanjikan harga jualan yang lebih rendah untuk dua aksesori popularnya iaitu fon telinga AM61 dan juga honor Body Fat Scale yang kini dijual pada harga RM109, berbanding harga asalnya iaitu RM159 dan RM149. Untuk mendapatkan potongan harga untuk telefon pintar dan aksesori ini, pembelian perlulah dibuat melalui platform e-dagang hihonor.

Lebih menarik, honor Malaysia turut menawarkan baucar tunai bernilai RM100, RM50 dan RM30 bergantung kepada jumlah nilai belian. Pemberian baucar ini boleh dimiliki melalui pembelian yang dilakukan dalam dua slot masa berbeza iaitu 10 pagi hingga 11 pagi dan 3 petang hingga 4 petang. Setiap nilai baucar yang diberikan adalah terhad untuk 50 pembeli terawal dan ia sah digunakan sepanjang tempoh promosi ini berlangsung.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here