Digi Bakal Perkenalkan Pelan Internet Tanpa Had Pada Harga Bulanan RM38?!

670
**********

Syarikat telco yang menawarkan pelan Internet tanpa had dengan bayaran bulanan mampu milik pasti menjadi pilihan pengguna di Malaysia. Sebelum ini, U Mobile hadir dengan pelan Internet tanpa had ‘Giler Unlimited’ bersama bayaran bulanan RM30 sebulan.

Seakan tidak mahu ketinggalan, Digi pula dikhabarkan akan memperkenalkan pelan baru seakan sama dengan U Mobile tetapi dengan komitmen bulanan sedikit mahal iaitu RM38 sebulan.

Berita ini mula timbul apabila seorang pengguna Community Forum telah memuat naik gambar tersebut di laman sesawang Digi untuk bertanyakan berkenaan pelan tersebut. Walaupun begitu, maklumat lanjut mengenai pelan ini masih belum diumumkan oleh Digi. Sama-sama kita nantikannya!

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here