Diam-Diam Dibawa Masuk – OPPO A3s Berharga RM599

Esok la hari pelancaran untuk OPPO Find X, setelah lama tidak mengeluarkan peranti siri Find. Sementara menanti ketibaannya, OPPO secara senyap pula mengumumkan kehadiran OPPO A3s untuk pasaran tempatan.

Walaupun peranti dengan tanda harga RM599 ini diletakkan pada kelas permulaan, namun spesifikasinya tidak kalah dengan peranti pertengahan di pasaran. Paparan skrin rongak berukuran 6.2 inci ini hadir bersama dwi kamera 13MP + 2MP, ini juga merupakan siri pertama yang hadir dengan sokongan dwi kamera. Kamera swafoto pula beresolusi 8MP, teknologi A.I. Beautification 2.0 yang ada pada siri F turut disokong pada model baharu ini.

OPPO A3s beroperasi di bawah Android 8.1 Oreo yang berasaskan ColorOS 5.1, cip pemproses adalah Snapdragon 450 dengan 2GB RAM dan 16GB ROM. Menurut OPPO, bateri telah menggunakan kapasiti sebesar 4230mAh yang mampu menahan selama 18 jam.

Jika anda berminat dengan peranti yang menyokong fungsi pengecaman wajah pada harga RM599 ini, maka boleh merujuk ke OPPO Concept Store, pengedar sah OPPO dan laman e-dagang seperti Lazada, Shopee dan 11street mulai 19 Julai 2018.

 

 

 

You might also like