Dapatkan Diskaun RM100 Atau Memori Kad MicroSD 32GB Dalam Promosi Galaxy A6 | A6+

226
**********

Samsung Malaysia telah mengumumkan dua promosi khas buat telefon pintar Galaxy A6 dan A6+ yang baru. Promosi ini telahpun bermula pada 6 Julai hingga 5 Ogos 2018.

Promosi pertama adalah storan berganda, di mana kedua-dua telefon pintar ini menyokong storan berkapasiti 32GB. Samsung Malaysia akan menggandakan storan tersebut dengan memberikan kad tambahan microSD sebesar 32GB secara percuma! Ini bermakna, storan Galaxy A6 dan A6+ akan menjadi sebesar 64GB.

Trade-in telefon lama untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM100.

Promosi kedua pula adalah trade-in telefon lama untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM100 jika ingin membeli Galaxy A6 atau A6+. Mengikut terma dan syarat, telefon pintar yang ingin trade-in mesti boleh dihidupkan dan tiada terhad kepada model apa.

Samsung Galaxy A6 dijual pada harga RM999, manakala Galaxy A6+ pula berharga RM1,299. Walaupun nampak serupa dari segi rekaan, Galaxy A6 dan A6+ hadir dengan spesifikasi yang berbeza.

Dapatkan kad tambahan microSD 32GB secara percuma!

Tertarik dengan promosi ini? Jangan ketinggalan untuk mendapatkan Galaxy A6 dan A6+ sekarang sementara promosi masih berjalan. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman promosi Samsung.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here