Dapatkan BlackBerry KEY2 Pada Harga RM2,449 Menerusi ‘Shocking Sale’

342
**********

BlackBerry yang telah diperkenalkan BlackBerry KEY2 pada pasaran global bulan lepas, kini tiba di Malaysia. Ia boleh didapati menerusi Brightstar dan ditawarkan pada harga RM2,599 seunit.

Kepada yang berminat untuk memiliki peranti terbaharu dari BlackBerry ini, anda boleh membelinya di laman rasmi Shopee atau terus melalui Brightstar Distribution Sdn. Bhd bermula 12 Julai 2018.

Jika ingin mendapatkan BlackBerry KEY2 pada harga yang lebih murah, boleh mendapatkannya di Shopee menerusi ‘Shocking Sale’ pada 12 Julai 2018 bermula jam 9 pagi untuk masa terhad. Ditawaran pada harga RM2,449, ia didatangkan sekali dengan Bluetooth Headset bernilai RM109.

BlackBerry KEY2 adalah sebuah telefon pintar berkuasa Android yang dipadankan dengan papan kekunci QWERTY. Seperti yang anda tahu, QWERTY antara salah satu rekaan unik telefon pintar BlackBerry sejak dulu lagi dan ditambah dengan ciri-ciri keselamatan serta privasi yang terbaik dari BlackBerry.

Lebih menarik, terdapat satu kekunci tambahan yang dipanggil Speed Key pada papan kekunci peranti ini. Ia boleh mengakses pintas sehingga 52 fungsi utama telefon pintar tanpa perlu kembali ke skrin utama.

Bukan itu sahaja, BlackBerry KEY2 turut menyokong penggambaran dwi-kamera yang menjadi trend hari ini. Dwi-kamera utama 12 MP + 12 MP menawarkan keseimbangan warna automatik yang lebih baik, auto fokus yang lebih pantas serta sokongan pengstabilan imej yang tiada pada model BlackBerry sebelum ini.

Kehadiran dua mod baru iaitu Potrait Mode serta Optical Superzoom membolehkan pengguna mengambil gambar potret yang menarik dengan imej yang lebih dramatik. Tambahan pula, mod Optical Superzoom membolehkan gambar diambil dengan terperinci.

SPESIFIKASI

  • Android 8.1 Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • Skrin 4.5 inci HD IPS LCD
  • 1620 x 1080 piksel
  • 64GB + 6GB RAM @ 128GB + 6GB RAM
  • microSD sehingga 256GB
  • 3500mAH (Quick Charge 3.0)
  • 12 Megapiksel + 12 Megapiksel, Dual Tone LED flash
  • 8 Megapiksel
  • Rakaman video UHD 4K
  • USB Type-C, NFC, Bluetooth 5.0, pengimbas cap jari

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here