Celcom Berikan Data Internet 3GB Percuma Untuk Bermain Permainan AOV

385
**********

Sebagai memacu pertumbuhan ekosistem e-sukan Malaysia, pembangun permainan Arena of Valor (AOV) telah menjalinkan kerjasama bersama Celcom Axiata Berhad bagi memudahkan pengguna Celcom bermain permainan kegemaran mereka di peranti mudah alih.

Jika anda adalah salah seorang pengguna Celcom yang menggunakan pascabayar mahupun prabayar, Celcom berbesar hati untuk memberikan 3GB data Intenet khas untuk bermain AOV pada setiap bulan selagi anda aktif bersama Celcom. Dengan data Internet 3GB, pengguna boleh bermain sebanyak 500 pusingan AOV sebulan!

Kepada yang ingin menebus data Internet percuma ini, anda perlu menghantar SMS GET AOV ke 28882 dan tunggu sehingga pengesahan diterima. Tunggu apa lagi, jom berperang!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here