28 Peranti Xiaomi Bakal Menerima Kemas Kini MIUI 10

Xiaomi telah memperlihatkan paparan antaramuka baharu yang dikenali sebagai MIUI 10 ketika pelancaran Mi 8 pada penghujung Mei lepas. Salah satu fungsi menarik yang ditawarkan pada MIUI 10 adalah sokongan audio berunsurkan bunyi alam sekitar serta keupayaan penggambaran potret AI dengan sokongan efek bokeh dalam apa jua keadaan pencahayaan.

Memandangkan program ujian beta MIUI 10 akan berakhir pada 24 Julai 2018 ini, kemas kini ke antaramuka baharu bakal menyusul tidak lama lagi. Hari ini, pihak Xiaomi menerusi forum rasminya telah berkongsi senarai 28 peranti miliknya yang bakal menerima kemas kini MIUI 10. Namun begitu, buat masa sekarang senarai ini hanyalah untuk peranti ROM China sahaja.

Di antara model yang bakal menerima kemas kini MIUI 10 adalah :

  • Xiaomi Mi 8
  • Xiaomi Mi 8 SE
  • Xiaomi Mi Mix 2S
  • Xiaomi Mi Mix 2
  • Xiaomi Mi Mix
  • Xiaomi Mi 6X
  • Xiaomi Mi 6
  • Xiaomi Mi 5
  • Xiaomi Mi Note 2
  • Xiaomi Redmi Note 5
  • Xiaomi Redmi S2/Y2
  • Xiaomi Redmi Note 4X
  • Xiaomi Redmi 5A
  • Xiaomi Redmi 5s
  • Xiaomi Mi 5s Plus
  • Xiaomi Mi Note 3
  • Xiaomi Mi Max
  • Xiaomi Mi Max 2
  • Xiaomi Mi 5X
  • Xiaomi Mi Max Prime
  • Xiaomi Mi 5c
  • Xiaomi Mi 4s
  • Xiaomi Mi 4c
  • Xiaomi Redmi 4X
  • Xiaomi Redmi Note 5A
  • Xiaomi Redmi Note 5A Prime
  • Xiaomi Redmi 5
  • Xiaomi Redmi 5 Plus
You might also like