Xiaomi Mi Pad 4 Dilancarkan – Tablet 8-inci Dengan Pemproses Snapdragon 660

381
**********

Bersama-sama pengenalan Xiaomi Redmi 6 Pro, Xiaomi turut melancarkan sebuah peranti tablet generasi terbaru iaitu Mi Pad 4. Ia sebuah tablet dengan rekaan berskala sederhana menggunakan skrin 16:10 bersaiz 8-inci menerusi paparan IPS LCD beresolusi 1920 x 1200 piksel.

Tablet yang hadir dengan harga berpatutan ini menariknya menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 660 dan menyokong rangkaian LTE. Ciri lain yang menemani perkakasan dalaman ialah memori RAM 3GB atau 4GB dan storan sebesar 32GB atau 64GB. Seperti kebiasaan, memori yang tersedia boleh diperluaskan dengan kad microSD jika perlu.

Kamera untuk tablet ini dibekalkan dengan lensa 13 Megapiksel dan kamera swafoto 5 Megapiksel f/2.0. Kekuatan bateri pula menerima kapasiti sebesar 6,000mAh melalui sambungan USB Type-C untuk pengecasan pada kadar standard 10W atau 5V/2A.

Xiaomi Mi Pad 4 didatangkan dengan pilihan warna hitam dan emas dengan dua versi WiFi dan LTE pada harga bermula CNY1,099 (kira-kira RM674) dan CNY1,499 (kira-kira RM918).

Dengan julat harga yang ditawarkan, kami berharap pihak Xiaomi tidak lupa untuk membawanya masuk ke pasaran tempatan.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here