WeChat Pay Kini Boleh Digunakan Di Pasaran Malaysia

308
**********

Servis pembayaran tanpa tunai seperti Samsung Pay dan Apple Pay sudah diketahui ramai, kemudahan yang dibawa oleh servis tersebut sangat memanfaatkan kehidupan harian kita. Terkini, aplikasi sembang WeChat sudahpun membawa masuk servis ini yang dikenali sebagai WeChat Pay ke pasaran Malaysia baru-baru ini.

Pengguna WeChat di Malaysia kini sudah boleh menggunakan servis pembayaran ini, hanya membuat kemaskini aplikasi di Android dan iOS. Anda boleh membuat pautan kad debit Visa atau Mastercard, serta membuat tambah nilai untuk akaun prabayar telco dan membeli tiket pengangkutan.

Sebelum ini kedai-kedai yang menerima pembayaran tanpa tunai WeChat Pay masih terhad lagi, dipercayai selepas kemaskini ini akan tersedia lebih banyak lagi.

Muat Turun Aplikasi WeChat:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here