Vivo Y81 – Telefon Dengan Skrin Takuk Pada Harga Lebih Mesra Poket

869
**********

Vivo hari ini telah melancarkan vivo Y81 ke pasaran Malaysia dengan harga yang lebih jimat poket iaitu RM799 seunit. Vivo Y81 menawarkan telefon dengan skrin bertakuk lebih kurang sama seperti vivo Y85 yang dijual pada harga RM999 tempoh hari.

Dengan harga RM200 lebih rendah, anda boleh memiliki sebuah telefon pintar dengan kelengkapan seperti paparan 6.22-inci HD+ 1520 x 720 piksel. Ia dikuasakan cip MediaTek Helio P22 bersama memori RAM 3GB dan storan dalaman sebesar 32GB. Tambahan memori sehingga 256GB boleh dilakukan dengan sokongan kad microSD pada peranti.

Vivo Y81 menerima kamera utama 13 Megapiksel dan swafoto menerusi sensor 5 Megapiksel yang dibantu dengan fungsi AI Face Beauty. Tiada pengimbas cap jari disediakan pada peranti ini namun digantikan dengan sistem nyahkunci menggunakan pengecaman wajah. Bateri yang menjana keseluruhan operasi Android 8.0 Oreo dan antaramuka FunTouch OS 4.0 ialah sebesar 3,260mAh.

Vivo Y81 kini boleh didapati di stor konsep, pengedar sah, dan wakil penjual vivo seluruh Malaysia dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan merah. Anda juga boleh membeli peranti ini di stor dalam talian seperti Lazada, Shopee, dan 11street untuk mendapatkan batang swafoto secara percuma.

Maklumat lanjut boleh layari portal rasmi vivo Malaysia atau lihat terus di Facebook rasmi vivo Malaysia.

Beli : vivo Y81 di Lazada

Beli : vivo Y81 di 11street

Beli : vivo Y81 di Shopee

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here