**********

Power Bank sudah menjadi aksesori mesti ada dalam kehidupan seharian kita, jika terlupa bawa je dalam satu hari itu la macam tak kena je, betul tak?

Sebenarnya banyak sangat jenama powerbank dan pilihan kapasiti yang tersedia di pasaran, agak pening juga kalau nak pilih yang sesuai. Apa kata cuba tengok 3 jenis power bank berkapasiti besar dari jenama Veger ini, masing-masing hadir dengan ciri-ciri menarik tersendiri. Pastinya ada yang sesuai dengan korang.

Veger VP-1018, Ringan Sesuai Dibawa

VP-1018 mempunyai reka bentuk kompak, ukurannya hanya sebesar tapak tangan dan sangat sesuai bagi golongan wanita. Power bank ini tersedia dengan dua port USB, anda boleh mengecas dua peranti pada masa yang sama dengan kapasiti 10,000mAh.

Menurut Veger, power bank ini boleh mengecas bagi iPhone 8 (1821mAh) sebanyak 3.5 kali, serta Samsung Galaxy Note8 (3300mAh) sebanyak 2 kali, bermakna penggunaan seharian pun tidak menjadi masalah.

Spesifikasi:
  • Kapasiti: 10,000mAh
  • Input: 5V/2A (micro USB)
  • Output 1: 5V/1A
  • Output 2: 5V/2A
  • Harga Jualan: RM89

 

Rekaan kompak lebih mudah dibawa ke mana-mana, sebesar tapak tangan sahaja.

Bahagian atas terdapat 4 LED yang boleh menunjukkan status bateri yang tinggal, hanya menekan butang kuasa untuk menghidupkan.

Butang kuasa berada di bahagian tepi power bank

VP-1018 hadir dengan dua port USB yang menyokong pengecasan untuk dua peranti secara serentak, bahagian tengah adalah port micro USB untuk mengecas power bank.

 

Veger V11 Pro, Sokong Pengecasan Pantas QC 3.0

Pengecasan pantas pada peranti semakin diketengahkan oleh pengeluar peranti pintar, apatah lagi kalau peranti menyokong pengecasan pantas tetapi power bank yang dipakai tidak sokong pula! Leceh la tu kena cas lama-lama kan?!

Okay, Veger V11 Pro ini korang mesti suka! Sebab ia menyokong pengecasan pantas QC 3.0, korang boleh mengecas dalam masa singkat sahaja!

Spesifikasi:
  • Kapasiti: 10,000mAh
  • Input: 5V/2A, 9V/1.8A
  • Output 1: 5V/2.4A
  • Output 2 (QC 3.0): 5~6V/3A, 6~9V/2A, 9~12V/1.5A
  • Harga Jualan: RM139

 

Ukuran V11 Pro lebih kurang sama seperti sebuah peranti yang bersaiz 5.5 inci, beratnya agak ringan mempunyai kapasiti sebesar 10,000mAh.

Sokong dua port USB salah satu yang berwarna oren adalah port QC 3.0, anda boleh mengecas dua peranti secara serentak.

Power bank ini juga boleh dijadikan sebagai lampu suluh, hanya menekan lama butang kuasa di sisi maka boleh aktifkan lampu suluh di bahagian tengah ini.

Penyemakan status power bank sama juga hanya menekan sekali butang kuasa.

Port micro USB berada di sebelah kiri

 

Veger V200 Pro, Berkapasiti Besar 20,000mAh

Kapasiti power bank yang sedia ada di pasaran biasanya adalah 10,000mAh, selain VP-1018 dan V11 Pro, Veger turut memperkenalkan power bank yang berkapasiti besar, iaitu V200 Pro yang mempunyai kapasiti 20,000mAh.

V200 Pro mampu mengecas iPhone 6s (1715mAh) sebanyak 7 kali serta Samsung Galaxy S6 (2550mAh) sebanyak 5 kali, bilangan pengecasan ini cukup menakjubkan tambahan lagi ia tersedia dengan tiga port USB yang boleh mengecas untuk tiga peranti pada masa yang sama. Namun, berat dan ukuran telah menjadi salah satu kekurangan padanya, terpulang la pada korang ya~

Spesifikasi:
  • Kapasiti: 20,000mAh
  • Input: 12V/1.5A (micro USB), 5V/1.0A (Lightning), 5V/2.0A (Type-C)
  • Output 1: 5V/2.0A
  • Output 2: 5V/2.0A
  • Output 3:12V/1.5A, 9V/2A, 5V/2.1A
  • Harga Jualan: RM199

 

Ukuran V200 Pro agak besar, rasa seperti membawa dompet besar.

Semakan pada status bateri adalah butang kuasa pada sisi kanan.

Bahagian atas dari kiri tersedia port QC 2.0, 2 x USB, Type-C dan Lightning, sementara port micro USB berada di sisi kiri.

 

Ulasan…

Ketiga-tiga power bank dari Veger ini masing-masing mempunyai ciri istimewa tersendiri, mana satu menjadi pilihan terpulang kepada anda yang memilih. Janji selamat diguna, selesa dibawa.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here