Tiga Pemenang Generasi Fesyen Dijemput Untuk Memperagakan vivo V9

651
**********

vivo Malaysia dengan berbesar hati telah mengundang tiga pemenang daripada <Generasi Fesyen>, iaitu sebuah pertandingan pereka fesyen yang disertai oleh Wan & Mary, Seth & Luna, dan Ridzuan Alias.

Tujuan mereka diundang ialah untuk membawakan enam pasang pakaian khusus untuk digandingkan dengan peranti vivo V9. Objektif vivo pada kali ini ialah membawakan jenama vivo ke hadapan merangkumi tiga aspek iaitu teknologi, antarabangsa, dan fesyen.

Wan & Mary – Teknologi

Wan & Mary merupakan juara didalam program <Gen F> yang dianggotai Hazzerwan Lee dan Mariam Musa yang kedua-duanya berumur 28 tahun. Wan & Mary juga pernah membuat persembahan seni di London, Dubai, Kuala Lumpur.

Seth & Luna – Antarabangsa

Seth & Luna pula adalah naib juara yang masing-masing dengan nama Irie, 29 tahun dan Jimiey, 26 tahun. Mereka berdua telah bekerjasama selama tiga tahun. Pakaian yang dibawa pula membawa elemen istimewa untuk vivo V9 Velvet Red dan Sapphire Blue.

Ridzuan Alias – Fesyen

Hanya bersendiri tanpa rakan pasukan, Ridzuan Alias berusia 27 tahun ialah seorang pengasas jenama pakaian Ridzuan Alias sendiri. Sudah berpengalaman lima tahun dalam bidang fesyen, beliau terkenal dalam mereka pakaian untuk pengantin, model, selain meminati batik.

Vivo V9 kini boleh didapati di stor konsep vivo atau wakil penjual sah seluruh Malaysia dengan pilihan warna Black, Gold, Velvet Red, dan Sapphire Blue. Tanda harga untuk vivo V9 pula ialah RM1,320 (sebelum 1 Jun) seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here