Sony Malaysia Lancarkan Barisan Sony EKTRA BASS Wireless Speaker!

297
**********

Sony Malaysia telah memperkenalkan tiga model speaker tanpa wayar terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu SRS-XB41, SRS-XB31, dan juga SRS-XB21 yang disasarkan untuk pengguna yang inginkan speaker paling sesuai untuk digunakan di dalam parti.

Ditawarkan pada harga RM809 (SRS-XB41), RM569 (SRS-XB31) dan RM409 (SRS-XB21), ke semua model ini akan berada di pasaran pada 12 Jun 2018.

Sony EXTRA BASS menjanjikan kualiti bunyi terbaik dengan pengalaman mendengar muzik dalam tiga dimensi melalui sokongan pemproses isyarat digital (DSP) baru yang menawarkan mod LIVE SOUND.

Malah anda juga boleh menyambungkan speaker ini sehingga ke 100 buah speaker Sony EXTRA BASS yang lain bagi menghasilkan rantaian parti tanpa wayar untuk efek bunyi yang jauh lebih hebat. Bagi menghasilkan persekitaran parti yang lebih meriah, speaker ini turut dilengkapi dengan efek lampu yang akan dinyalakan mengikut rentak muzik.

Sony SRS-XB41 boleh didapati dalam warna Black, White, Dark Red dan Dark Blue.

Sokongan ciri ‘Party Booster’ turut menjanjikan keunikan kerana speaker ini boleh dijadikan sebagai alat untuk mengesan bunyi ketukan dari 5 arah berlainan bagi menghasilkan bunyi dan efek cahaya, sekaligus menjanjikan kemeriahan berhibur yang lebih interaktif. Penggunaan fabrik dan juga rekaan yang kalis air serta debu dengan pengiktirafan IP67 turut menjanjikan ciri tahan lasak, sesuai untuk digunakan di mana jua anda berada.

Sony SRS-XB21 pula boleh didapati dalam warna Black, White, Red, Blue dan Yellow.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here