Sony Bawakan 3 Fon Kepala Tanpa Wayar Terbaharu Dengan Ciri Pembatalan Suara

608
- Iklan -

Sony hari ini melancarkan tiga fon kepala terbaharu jenis sukan khas bagi anda yang aktif dalam masa sama perlukan muzik sepanjang masa. Menyedari tabiat rakyat Malaysia yang kini mementingkan aktiviti kecergasan, fon kepala ini sangat sesuai untuk dipakai bersama.

Seperti kebiasan dimana Sony yang gemar menggunakan huruf dan nombor untuk sesuatu model, WF-SP700N merupakan fon kepala yang benar-benar tanpa wayar. Menjadi yang pertama di dunia, fon kepala tanpa wayar ini membawakan dua ciri yang menggabungkan teknologi pembatalan suara dan teknologi kalis percikan air IPX4.

Melalui teknologi pembatalan suara, seperti yang ramai tahu ia akan memadamkan bunyi sekeliling yang bising misalnya di gim. Oleh itu, anda boleh menikmati muzik yang mengasyikkan tanpa diganggu. Dengan mod Ambient Sound, anda hanya akan mendengar bunyi senaman sendiri tanpa bunyi brader sebelah menghentakkan dumbel.

WF-SP700N

Masih kekal sebagai fon kepala Sony yang memiliki bunyi bass yang mendalam, ia juga telah dibantu dengan teknologi Sony EXTRA BASS. Konfigurasi audio pada fon kepala pula boleh dibuat melalui aplikasi Sony Headphones Connect. Sony WF-SP700N didatangkan bersama bekas perumah yang kompak. Bateri yang dibekalkan mampu memberikan masa mendengar tambahan selama enam jam – dua kali daripada masa mendengar fon kepala itu sendiri. Pilihan warna yang boleh dibeli ialah merah jambu, kuning, hitam, dan putih.

WI-SP600N

Selain daripada itu, Sony turut memperkenalkan WI-SP600N dan WI-SP500 yang mempunyai wayar di tengkuk apabila dipakai. Untuk model WI-SP600N, ia kekal dengan ciri Ambient Sound, sokongan NFC, dan teknologi pembatalan suara seperti model utama yang disebutkan awal tadi. Tempoh mendengar lagu ialah sekitar enam jam, sementara WI-SP500 tanpa ciri-ciri utama menawarkan bateri yang lebih lama iaitu sehingga lapan jam.

WI-SP500

Harga untuk WF-SP700N, WI-SP600N, dan WI-SP500 ialah RM709, RM619, dan RM329.25.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here