Siri OPPO Find Kembali Semula! OPPO Find X Bakal Dilancarkan Di Paris Pada 19 Jun

170
**********

Gambar OPPO Find X yang baru sahaja tertiris pada minggu lepas, kini telah mendapat pengesahan dari OPPO bahawa siri terbaharu ini akan dilancarkan secara rasmi di Paris pada 19 Jun 2018 nanti.

Seperti yang ramai ketahui, siri Find adalah antara model OPPO yang lebih memfokuskan pada spesifikasi tinggi dengan ciri-ciri eksklusif. Find X yang bakal diperkenalkan ini walaupun tidak diberitahu sebarang spesifikasi yang sedia ada padanya, tetapi dengan huruf “X” jelas menunjukkan peranti ini akan lebih mencabar dan penuh inovatif.

Selepas 4 tahun senyap dalam pasaran, adakah siri Find terbaharu akan membawa teknologi di luar jangkaan kepada peminatnya? Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi pada 19 Jun.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here