Sertai JBL Concert Run 2018 & Menangi Cabutan Hadiah Bertuah Bernilai Sehingga RM150,000!

594
**********

Acara maraton gabungan sukan dan muzik yang dianjurkan oleh Hot Gadgets kembali lagi, JBL Concert Run bakal diadakan pada Sabtu, 15 September 2018 (bermula 7 petang) di Sunway Lagoon Surf Beach. Dalam acara ini, para peserta perlu melengkapkan larian 5 kilometer, selain itu para peserta juga dijemput untuk menyaksikan konsert yang berlangsung di pantai luncur Sunway Lagoon.

Sebanyak lima stesen hiburan bertema iaitu Rock Stage, Pop Warrior Obstacle, Safari Music Zone, Techno Tunnel dan Jazz Lazy River disediakan, peserta perlu melengkapkan setiap cabaran yang telah ditetapkan di stesen-stesen tersebut.

Seiring dengan acara ini, promosi pendaftaran telah diadakan bermula 22 Jun hingga 30 Jun 2018, pakej “beli 2 percuma 1” ditawarkan bagi peserta yang berminat. Selain itu, setiap peserta akan menerima “door gift” daripada penganjur, termasuk baju berlari, pingat dan peralatan audio JBL bernilai RM69.90 (untuk kumpulan dewasa) dan  RM129 (untuk kumpulan kanak-kanak).

Penyanyi tempatan terkenal Hael Husaini dan Joe Flizzow, serta selebriti Hong Kong, Hubert Wu akan membuat pernampilan di konsert tersebut. Cabutan hadiah bertuah bernilai sehingga RM150,000 turut ditawarkan oleh Hot Gadgets.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here