**********

HARGA: RM1,299

Sejak MWC 2018 menutup tirai, peminat ZenFone telahpun menaruh minat pada siri baharu ASUS iaitu ZenFone 5. Terdapat banyak penambahbaikan pada siri ini menjadikan peminat ZenFone sanggup menunggu. Setelah lama menunggu, akhirnya ASUS Malaysia telah melancarkan model flagship ini ke pasaran tempatan.

Peranti yang hadir dengan rekaan skrin bertakuk ini telahpun dijual pada harga RM1,299 bermula 4 Jun 2018 yang lalu. Selepas seminggu dilancarkan, sekiranya anda masih belum membuat keputusan akhir untuk mendapatkan satu, apa kata kita tengok dahulu peningkatan yang ada pada siri baharu ini. Mungkin dapat membantu anda yang sedang buntu mencari fon raya. Let’s go~

 

5 KUNCI UTAMA YANG KAMI MINAT…

Rekaan Premium Dengan Genggaman Selesa

Rekaan panel depan dan belakang ASUS ZenFone 5 diperbuat daripada kaca 2.5D Corning Gorilla Glass, ia kelihatan sangat menarik kerana efek silaunya yang tampil lebih memukau berbanding model sebelumnya. Anda boleh memilih di antara dua pilihan warna iaitu Midnight Blue dan Meteor Silver.

 

Skrin Besar Dengan 6.2 Inci & FHD+

Berbanding dengan model sebelumnya, ZenFone 5 telah mendapat penambahbaikan pada paparan skrinnya di mana 6.2 inci FHD+ FullView Display dengan nisbah 19:9 (5.5 inci Super IPS+ pada ZenFone 4) telah diletakkan pada 5.5 inci badan premium ini. Paparan ini kelihatan sangat menonjol kerana ia menyokong nisbah skrin-ke-kerangka sehingga 90%.

 

Dwi Kamera AI

Keupayaan penggambarannya juga telah diperhebatkan oleh dwi lensa utama iaitu 12 Megapiksel dengan aperture f/1.8 dan 8 Megapiksel dengan aperture f/2.0 untuk penggambaran sudut lebar.

Manakala kamera hadapan pula diserikan dengan sensor 8 Megapiksel f/2.0 aperture, bersama sokongan lain termasuk penstabilan imej elektronik (EIS), dwi LED flash, PDAF serta rakaman video sehingga 4K.

Sentuhan teknologi kecerdasan-buatan (AI) telahpun dibina dalam ZenFone 5 baharu ini, ia membolehkan anda mengenal pasti 16 persekitaran yang berbeza secara automatik.

Apa yang lebih istimewa, efek bokeh juga boleh digunakan pada objek yang lain selain potret atau swafoto.

 

Teknologi AI Boost

Salah satu tarikan yang amat kami minati adalah penggunaan teknologi AI Boost yang berupaya menjanjikan prestasi terbaik dalam kelasnya.

Kombinasi Android Oreo (sokong kemas kini Android P) dan ASUS ZenUI 5.0 terkini selain memberi nafas baru kepada pengguna, dengan sokongan dari pemproses Snapdragon 636, GPU Adeno 509, kapasiti RAM 4GB dan storan dalaman 64GB turut menyerikan lagi prestasi ZenFone 5.

 

Ciri Khusus Berasaskan AI

Selain kamera dan pemproses mendapat sokongan penuh dari teknologi kecerdasan-buatan (AI), sebenarnya ASUS juga telah menambah beberapa ciri khusus termasuk Smart Screen On, Pengecasan AI, AI Ringtone dan Zenimoji.

AI Ringtone

Di antara ciri-ciri menarik ini, AI ringtone agak berlainan kerana ia berperanan mengoptimalkan bunyi ringtone sesuai dengan persekitaran anda. Maknanya ketika anda berada di persekitaran yang agak bising, bunyi ringtone akan menjadi kuat supaya anda boleh kedengaran. Sebaliknya di tempat yang lebih sunyi, bunyi ringtone pun tidak terlalu tinggi.

Zenimoji
Pengecasan AI

 

Spesifikasi Ringkas ASUS ZenFone 5 (ZE620KL)
  • Android 8.0 Oreo / ZenUI 5.0
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 636, 64-bit Octa-core dengan AI Boost
  • GPU Qualcomm Adreno 509
  • 4GB RAM / 64GB ROM (sokong kad microSD sehingga 2TB)
  • 6.2” Full HD+ (2246 x 1080p) Super IPS+
  • 153 x 75.65 x 7.7mm / 165g
  • Kamera Utama: 12MP f/1.8 + 8MP f/2.0 / PDAF / EIS / Dwi-LED flash
  • Kamera Hadapan: 8MP f/2.0 / EIS
  • Bateri 3,300mAh
  • Face Unlock / Pengimbas cap jari

 

ULASAN RINGKAS…

Kehadiran siri terbaru ZenFone 5 membuktikan kegigihan pada ASUS yang ingin membawa pembaharuan pada siri terbaru ini. Beberapa aspek yang menjadi kekurangan pada model sebelumnya telah dipertingkatkan pada kali ini. Boleh dikatakan ASUS ZenFone menjadi pesaing kuat bagi kelas pertengahan yang mempunyai harga jualan sekitar RM1,300.

Ciri-ciri menarik yang kita sebutkan tadi akan diulaskan lebih teliti lagi pada artikel seterusnya…

 

Unboxing! ASUS ZenFone 5 (ZE620KL) ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here