**********

HARGA: RM999

Berminat dengan rekaan Wiko VIEW2 PRO yang menampilkan paparan skrin dengan nisbah 19:9 serta dwi-kamera? Korang mesti nak tahu apa ciri-ciri menarik yang ada pada telefon pintar ini bukan?

Baca Juga: Pandang Pertama: Wiko VIEW2 PRO, Rekaan Eksklusif Pada Harga Mampu Milik!

Walaupun ianya hadir dalam kategori pertengahan, spesifikasi yang ditawarkan olehnya masih memuaskan dan harganya hanya di bawah harga RM1000. Mari lihat apa ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh telefon pintar ini.

 

KENAPA PERLU MEMILIKI TELEFON PINTAR INI?

Pure Android

Salah satu kelebihan Wiko VIEW2 PRO yang kami suka adalah sokongan antaramukanya yang mengekalkan antaramuka asal Android 8.0 Oreo, malah ia juga tidak didatangkan dengan bloatware atau aplikasi pra-pasang yang tidak akan digunakan oleh pengguna.

Apa yang pasti persembahan antaramuka asal ini sememangnya menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

 

Face Unlock

Seakan menjadi perkara penting bagi sesebuah telefon pintar hari ini yang dilengkapi dengan fungsi pengecaman wajah, begitu juga dengan VIEW2 PRO. Dengan kehadiran ciri ini, ia memudahkan lagi pengguna untuk membuka peranti malah ia juga membantu pengguna membaca notifikasi tanpa membukanya.

Pengecaman Wajah

Selain sokongan pengecaman wajah, telefon pintar ini turut dilengkapi dengan sokongan kaedah pengimbas cap jari yang boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa.

Pengimbas Cap Jari

Lebih menarik, anda boleh menetapkan pengimbas cap jari untuk mengakses terus pada aplikasi yang diinginkan.

 

Dwi-Kamera

Buat pertama kalinya Wiko hadir dengan penggambaran dwi-kamera pada VIEW2 PRO.

Kamera Utama: Tetapan & Mod Penggambaran

Dwi-kamera utama menyokong sensor 16MP + 8MP bersama aperture f/1.75 dan diserikan pelbagai mod menarik di antaranya adalah Professional, Super Pixel, Night, Slow Motion, HDR, Panorama, Bokeh dan juga Beauty.

Kamera Utama: HDR, Bokeh, Filter & Panorama

Manakala kamera swafoto pula beresolusi 16 Megapiksel yang turut hadir dengan sokongan dual-tone LED flash dan mod HDR, Beauty serta Portrait yang mampu menghasilkan gambar swafoto dengan latar belakang kabur yang menarik!

Kamera Hadapan: Beauty, Potret, Filter, Mod Penggambaran, Tetapan.

 

Rakaman Video OIS

Salah satu kelebihan yang dimiliki oleh peranti ini adalah dilengkapi dengan fungsi penstabilan ketika merekod video pada kedua-dua kameranya walaupun berada dalam kelas pertengahan.

⇑ Contoh rakaman video yang diambil semasa kereta bergerak

Dengan adanya fungsi ini, pengguna boleh membuat rakaman video yang sedang bergerak kelihatan lebih stabil dan jelas. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan fungsi Live Auto Zoom untuk hasil rakaman yang terbaik.

 

Permainan HD

Wiko VIEW2 PRO dijana menerusi cip pemproses Qualcomm Snapdragon 450 yang masih menjanjikan prestasi yang lebih baik. Apa kelebihan peranti ini adalah keupayaannya memainkan permainan bersaiz besar tanpa masalah kerana ianya hadir dengan storan 64GB ROM bersama RAM 4GB.

Kami telah mencuba beberapa permainan pada telefon pintar ini dan ia memaparkan grafik yang lancar.

 

:: ZON UJIAN ::

UJIAN 1 : BENCHMARK
Android 8.0 (Oreo) Snapdragon 450 Octa Core 1.8GHz
64GB ROM  4GB RAM Adreno 506

 

  • ANTUTU 6: 68888
  • BASEMARK OS II: 129
  • GEEKBENCH 4: (Single) 783 / (Multi-core) 4004
  • GFXBENCH GL: (1080p Manhattan Offscreen) 9.4 fps
UJIAN 2 : MASA PENGECASAN

Untuk mengecas penuh telefon pintar ini adalah 2 jam atau 120 minit.

 

:: HASIL GAMBAR ::

Kamera Utama
Bokeh
Bokeh
HDR
Indoor
Malam
Outdoor

 

Kamera Hadapan
Beauty

Potret

 

RUMUSAN…

Sepanjang mengulas telefon pintar VIEW 2 Pro ini, kami merasakan telefon ini sesuai bagi mereka yang gemar menonton video dan mengambil gambar. Manakala untuk bermain permainan mudah alih pula, ia masih boleh dipertimbangkan walaupun hanya dikuasakan oleh Snapdragon 450, cuma bila kehabisan bateri itu ia memerlukan masa yang lama untuk dicaskan semula. Hadir dengan paparan antaramuka Pure Android juga amat mesra pengguna, ia menjanjikan penggunaan yang lebih baik.

Dari segi penggambaran pula, bagi kami ia masih berada di tahap sederhana dan memerlukan kemas kini dari semasa ke semasa untuk menjadikan ianya lebih baik. Daripada segi binaan, telefon ini terasa seperti peranti berharga di bawah RM2,000.

Namun begitu, telefon pintar ini tidak menyokong fungsi pengecasan pantas, tetapi kesemua aspek agak memuaskan. Bagi yang ingin mendapatkan peranti ini, kotak pembungkusan tidak didatangkan bersama sarung pelindung jernih, jadi anda perlu dapatkannya secara berasingan.

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here