**********

Apa yang menariknya OPPO R15 Pro? Ia merupakan telefon pintar pertama keluaran OPPO yang menawarkan lensa kamera dwi-kamera dengan ciri-ciri penggambaran yang menarik. Tidak hanya memfokuskan kepada fungsi penggambaran, R15 Pro juga sesuai untuk mereka yang mementingkan prestasi sesebuah  peranti.

Baca Juga:

Dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo dengan pemproses Snapdragon 660 berkelajuan Octa-core 2.2GHz, peranti ini menawarkan RAM 6GB dan storan sebesar 128GB. Malah kehadiran pengecasan pantas VOOC pula membolehkan anda mengecas bateri berkapasiti 3,430mAh dengan lebih pantas.

Unboxing! OPPO R15 Pro ↓↓↓

 

:: CIRI-CIRI MENARIK ::

LENSA PENGGAMBARAN

Dwi-Kamera 20MP AI

Tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan lensa dwi-kamera, R15 Pro adalah model pertama OPPO yang hadir dengan penggambaran dwi-kamera utama.

Menawarkan lensa beresolusi 16MP+20MP dengan sokongan PDAF, gandingan sensor Sony IMX519 bersama aperture f/1.7 ini mampu menghasilkan gambar yang lebih cerah dengan dinamik warna yang lebih baik walaupun dalam pencahayaan rendah.

 

MOD PENGGAMBARAN
20MP AI Beauty 2.0

Sokongan teknologi AI Beauty 2.0 pada kamera swafoto R15 Pro dilihat sebagai perintis swafoto yang sempurna.

Ia mampu mengesan jantina, umur, warna kulit dan tekstur serta persekitaran pencahayaan yang mampu memberikan pengalaman berswafoto yang lebih sempurna dan semula jadi kepada kaki swafoto.

Contoh Hasil Gambar

 

3D Potrait Light

Tidak dinafikan kesemua telefon pintar dwi-kamera hari ini menawarkan kamera utama dengan efek bokeh, tetapi tidak semua peranti tersebut menyediakan ciri latar belakang hitam.

Salah satu kelebihan R15 Pro adalah kamera utamanya boleh mengambil gambar bokeh dengan efek 3D Potrait Lighting.

Contoh Hasil Gambar

AR Sticker

Bagi memberi lebih keseronokan semasa mengambil gambar, telefon pintar ini telah hadir dengan pelekat AR yang comel dan menarik untuk digunakan.

Pengguna boleh memilih pelekat yang disukai sebelum mengambil gambar menggunakan kamera utama ataupun swafoto. Jadi, jangan ketinggalan untuk berkongsi gambar anda ke laman sosial.

Contoh Hasil Gambar

 

ANDROID OREO + COLOROS 5.0
Pengecaman Wajah (Facial Unlock)

Kebanyakan telefon pintar hari ini hadir dengan sokongan pengecaman wajah yang dikenali sebagai Facial Unlock, begitu juga dengan OPPO R15 Pro.

Kelebihan pengecaman wajah ini adalah dapat membuka kunci lebih pantas serta dapat membaca tekstur wajah pengguna walaupun ketika sedang basah.

Pengimbas cap jari

Selain itu, teknologi pengimbas cap jari juga disediakan bagi mereka yang tidak mahu menggunakan fungsi pengecaman wajah ini.

 

Full Screen Multitasking

Sepertimana OPPO F7, R15 Pro juga hadir dengan sokongan Full Screen Multitasking yang membolehkan pengguna membuat tugasan dengan mudah.

Sebagai contoh, jika menerima SMS ketika sedang bermain permainan mudah-alih, anda boleh terus membaca mesej sambil bermain. Namun begitu, fungsi ini perlu diaktifkan terlebih dahulu di ruangan tetapan. Smart Convenience ⇒ Full Screen Multitasking ⇒ ON

 

Game Acceleration

Telefon pintar ini tidak hanya memfokuskan kepada fungsi multimedia sahaja, tetapi juga kepada mereka yang mementingkan prestasi sesebuah peranti.

Kepada yang gemar bermain permainan mudah alih, telefon pintar ini boleh dipertimbangkan kerana ia dibekalkan dengan RAM 6GB dan storan 128GB. Malah sokongan Game Acceleration pula memudahkan anda mengawal permainan.

 

:: ZON UJIAN ::

Pengecasan Pantas (VOOC)

Sokongan teknologi VOOC Flash Charge pada R15 Pro pastinya menjanjikan masa mengecas yang sangat pantas kerana berdasarkan kenyataan yang dibuat, dengan hanya 5 minit masa mengecas, anda berupaya menikmati 2 jam masa panggilan. Ini bermakna, anda tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mengecas penuh bateri berkapasiti 3,430mAh yang dimiliki oleh telefon pintar ini.

Masa mengecas penuh bateri dari 5% hingga 100% : Satu jam 15 minit atau 75 minit
Paparan Lockscreen
Paparan Home

 

Benchmark

Walaupun kedua-dua peranti ini memfokuskan kepada pengguna yang gemar berswafoto, tetapi ia masih dibekalkan dengan pemproses berkuasa.

Bagi yang mementingkan prestasi ketika membeli telefon pintar, apa kata anda lihat dahulu ujian benchmark yang dijalankan sendiri oleh kami sebagai panduan memilih peranti mana yang terbaik!

 

:: HASIL GAMBAR ::

BOKEH

INDOOR

MAKANAN

MAKRO

NIGHT MODE – OFF

NIGHT MODE – ON

OUTDOOR – MONOKROM

OUTDOOR

SENJA

 

:: KOMEN EDITOR ::

Tidak seperti kebanyakan telefon pintar keluaran OPPO sebelum ini, R15 Pro bukan sahaja peranti yang memfokuskan kepada pengguna yang suka berswafoto dengan kehadiran teknologi Beauty AI, tetapi juga hadir dengan spesifikasi kelas atasan yang pastinya mampu menarik perhatian gamers! Istimewanya model ini, ia adalah telefon pintar pertama keluaran OPPO yang menyokong dwi-kamera dan dibawa masuk ke pasaran tempatan. Dengan lensa penggambaran 16MP + 20MP, tiada masalah untuk anda mengambil gambar bokeh dan monokrom yang cantik!

Walaupun masih mengekalkan paparan skrin dengan nisbah 19:9, tetapi ia menampilkan saiz skrin lebih besar berbanding OPPO F7 berukuran 6.28 inci serta menawarkan rekaan gelas 3D yang kelihatan lebih premium. Kehadiran teknologi pengecasan pantas VOOC pula memudahkan pengguna tanpa perlu menunggu lama untuk mengecas telefon pintar ini.

Malah peningkatan prestasi dan juga bateri yang ditawarkan oleh OPPO R15 Pro juga mampu menarik perhatian bagi mereka yang gemar bermain permainan mudah-alih. Namun begitu, tidak dinafikan harga yang ditawarkan oleh OPPO R15 Pro bukanlah dari kategori mampu milik.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here