**********

HARGA: RM2,399

OPPO Malaysia telah memperkenalkan peranti siri-R generasi baru, OPPO R15 Pro secara rasmi di pasaran Malaysia baru-baru ini. Peranti ini menampilkan kemasan warna hasil sentuhan Karim Rashid, pereka industri terkemuka dunia dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red. Selain menawarkan paparan skrin lebih besar berukuran 6.28 inci dengan resolusi 2280 x 1080 piksel dan nisbah 19:9, peranti ini mempertaruhkan rekaan nisbah skrin-ke-kerangka sehingga 89% yang masih sesuai dipegang walaupun dengan sebelah tangan.

Baca Juga: 10 Ciri-ciri Menarik OPPO R15 Pro

Berbeza dengan rekaan model OPPO sebelum ini, R15 Pro kini menampilkan rekaan yang lebih premium dengan kualiti bahan binaan berasaskan gelas 3D. Rekaan melengkung ini secara tidak langsung kelihatan lebih elegan dan bergaya.

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

PERBEZAAN SPESIFIKASI

FIZIKAL

1) Paparan Skrin

Jika sebelum ini, OPPO F7 menggunakan skrin bersaiz 6.23 inci, R15 Pro pula menampilkan paparan skrin lebih besar berukuran 6.28 inci.

Masih mengekalkan resolusi 2280×1080 dan nisbah 19:9, telefon pintar ini hadir dengan rekaan nisbah skrin-ke-kerangka 89% yang masih sesuai dipegang dengan sebelah tangan.

 

2) Rekaan Gelas 3D

Berbeza dengan rekaan model OPPO sebelum ini, R15 Pro kini menampilkan rekaan yang lebih premium dengan kualiti bahan binaan berasaskan gelas 3D.

Rekaan melengkung ini secara tidak langsung kelihatan lebih elegan dan bergaya dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red dengan sentuhan Karim Rashid, pereka industri terkemuka dunia.

 

3) Butang Kawalan

Sisi kanan OPPO R15 Pro masih sama seperti OPPO F7 di mana telah menempatkan butang kawalan fizikal iaitu butang kuasa yang bertindak sebagai butang Lock/Unlock serta slot kad SIM dan kad tambahan microSD berpenutup.

Manakala sisi kiri pula kelihatan agak ringkas, hanya menyediakan butang melaras suara sahaja.

 

4) Slot Kad SIM & microSD

Penyediaan slot kad terletak pada sisi kanan telefon pintar ini menyokong kad SIM jenis nano SIM.

Berbeza dengan OPPO F7 yang menyediakan tiga slot kad, R15 Pro pula menyediakan slot kad jenis hibrid, di mana anda perlu membuat pilihan sama ada ingin menggunakan dua kad SIM atau salah satu seperti kad SIM dan kad tambahan microSD.

 

5) Kamera Swafoto

Menawarkan kamera swafoto beresolusi 20 Megapiksel dengan aperture f/2.0, telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan AI Beauty 2.0 yang nampaknya semakin popular hari ini.

Bersebelahan dengan lensa hadapan turut kelihatan sebuah earpiece tanpa LED flash.

 

6) Panel Belakang

Panel belakang yang diperbuat daripada gelas kaca 3D ini kelihatan lebih premium, berbeza dengan telefon pintar sebelum ini.

Menempatkan lensa dwi-kamera utama beresolusi 16MP + 20MP dan juga LED flash. Di bawahnya juga kelihatan pengimbas cap jari serta tulisan OPPO.

 

7) Port & Speaker

Bahagian atas OPPO R15 Pro kelihatan agak kosong kerana hanya menyediakan lubang mikrofon sahaja.

Manakala di bahagian bawah pula telah digunakan secara optimum apabila menempatkan sebuah speaker, port USB2.0 dengan sokongan pengecasan pantas, mikrofon serta sebuah port 3.5mm audio jack.

 

ULASAN

OPPO R15 Pro adalah sebuah telefon pintar berbeza dari siri ‘F’ yang diperkenalkan sebelum ini. Walaupun masih memfokuskan kepada fungsi penggambaran, peranti ini telah menawarkan spesifikasi kelas atasan. Dengan harga RM2399, anda boleh mendapatkan sebuah telefon pintar dengan paparan skrin penuh berukuran 6.28 inci beresolusi 2280 x 1080 piksel. Bukan itu sahaja, peranti ini turut menampilkan rekaan kaca yang premium dengan dua pilihan warna iaitu Cosmic Purple dan Ruby Red, sesuai dengan harga yang ditawarkan.

Lebih istimewa, OPPO R15 Pro merupakan model pertama keluaran OPPO di Malaysia yang mempertaruhkan penggambaran dwi-kamera utama dengan beberapa ciri-ciri popular yang ada pada OPPO F7 turut diselitkan pada peranti ini.

 

Unboxing! OPPO R15 Pro ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here