**********

HARGA: RM1,600

Penawaran pelbagai jenama dan model peranti Android di pasaran sememangnya sangat baik kerana ia memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna, tetapi dalam masa yang sama ia juga sebenarnya boleh membuatkan ramai daripada anda yang pening kepala untuk memilih peranti mana yang terbaik dengan bajet harga yang ada.

Baca Juga: Pandang Pertama: Nokia 7 Plus

Jadi sekiranya anda sedang mencari peranti Android untuk dibeli atau bercadang untuk memiliki Nokia 7 Plus, kami akan berkongsi dengan anda apakah keistimewaan telefon pintar ini yang perlu anda tahu…

 

:: KEISTIMEWAAN NOKIA 7 PLUS ::

#01 Antaramuka Asal Android

Salah satu kelebihan Nokia 7 Plus adalah sokongan antaramukanya yang mengekalkan antaramuka asal Android 8.1 Oreo. Malah ia juga tidak didatangkan dengan bloatware atau aplikasi pra-pasang yang tidak akan digunakan oleh pengguna.

Apa yang pasti persembahan antaramuka asal ini sememangnya menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan tidak cukup dengan itu, Nokia 7 Plus juga turut menyokong fungsi Always-On-Display (AOD) yang akan memaparkan peratus bateri, masa, tarikh dan juga notifikasi.

 

#02 Dwi Lensa ZEISS

Telefon pintar ini mungkin tidak memiliki rekaan skrin tanpa bezel sebagaimana sesetengah peranti flagship yang terdapat di pasaran, tetapi ia tidaklah begitu mengecewakan kerana ia masih mengikuti trend semasa dengan sokongan dwi lensa beresolusi 12MP + 13MP bersama dual LED flash. Lebih menarik, sistem kamera yang digunakan pada Nokia 7 Plus adalah menampilkan satu lensa RGB dan juga satu lensa Monokrom.

Malah, sokongan lensa Nokia 7 Plus sememangnya lebih istimewa kerana ia menggunakan optik popular dari ZEISS dengan mod kamera Dual-Sight yang membolehkan anda merekod atau mengambil gambar menggunakan kamera depan dan belakang secara serentak.

 

#03 Lensa Selfie ZEISS

Bagi anda yang gemar mengambil gambar swafoto, Nokia 7 Plus dilengkapi dengan lensa ZEISS beresolusi 16 Megapiksel yang menjanjikan kualiti penggambaran yang sangat berkualiti.

(Dari kiri) Mod Penggambaran, Bokeh, P-I-P, Tetapan

Sokongan teknologi fokus PDAF (Phase Detection Auto Focus) yang disokong pada lensa depan ini juga turut memastikan hasil swafoto yang jauh lebih jelas tanpa masalah kabur kerana proses auto fokus yang sangat pantas.

 

#04 Teknologi Pengecas Pantas

Nokia 7 Plus kini hadir dengan sokongan bateri lebih besar berbanding Nokia 8 iaitu berkapasiti 3800mAh. Lebih menarik, ia juga telah dilengkapi dengan teknologi pengecas pantas Quick Charge 3.0 yang menjanjikan masa pengecasan yang pantas.

Mula mengecas – 10%, Selesai – 100% (1 jam 45 minit)

Malah pakej pembelian peranti ini turut didatangkan sekali dengan adapter pengecas pantas yang menyokong output 5V2.5A / 9V2A / 12V1.5A . Bagi melihat sendiri sejauh mana kepantasan mengecas telefon pintar ini, lihat ujian ini.

 

#05 Pengimbas Cap Jari

Bagi mereka yang sangat mementingkan aspek keselamatan telefon pintar Android daripada diakses oleh individu yang tidak diingini, Nokia 7 Plus merupakan salah satu pilihan yang terbaik buat anda.

Ini kerana, peranti ini telah dilengkapi dengan sokongan kaedah pengimbas cap jari yang boleh mengakses sebanyak lima jari dalam satu-satu masa. Lebih menarik, anda boleh mengakses jari dalam pelbagai posisi kerana ianya menyokong 360 darjah.

 

#06 Pemproses Berkuasa

Walaupun dijual pada harga yang kompetitif, Nokia 7 Plus sememangnya tidak mengecewakan kerana ia menyokong spesifikasi setanding peranti kelas pertengahan lain yang dijual pada harga yang jauh lebih mahal.

Ini dapat dilihat melalui sokongan pemproses berkuasa dari Qualcomm Snapdragon 660, dioperasikan oleh Android 8.1 Oreo, ROM 64GB serta RAM 4GB yang pantas dan juga dilengkapi dengan slot kad microSD sebesar 256GB.

 

:: ZON UJIAN ::

Benchmark

Walau hadir dalam kelas pertengahan, Nokia 7 Plus masih dilengkapi dengan pemproses berkuasa. Bagi yang mementingkan prestasi ketika membeli telefon pintar, apa kata anda lihat dahulu ujian benchmark yang dijalankan sendiri oleh kami sebagai panduan memilih peranti mana yang terbaik!

 

:: HASIL GAMBAR ::

KAMERA UTAMA

INDOOR

MAKANAN

MAKRO

MALAM

OUTDOOR

 

KAMERA HADAPAN

BOKEH

P-I-P

GROUPIE

 

:: KOMEN ::

 

Nokia 7 Plus masih menawarkan spesifikasi terbaik yang sememangnya berbaloi dengan harga yang ditawarkan walaupun hadir dalam kelas pertengahan. Apa yang kami suka mengenai telefon pintar ini adalah penggunaan optik ZEISS pada kamera depan dan belakang serta sokongan teknologi rakaman Nokia OZO Audio menjanjikan penggambaran yang berkualiti dan lebih profesional. Bukan itu sahaja, hanya dengan satu speaker, ia mampu menghasilkan bunyi gempak dengan audio yang berkualiti. Lebih menarik, bateri berkapasiti 3800mAh turut menyokong pengecasan pantas.

Manakala penggunaan antaramuka Android yang asal pastinya akan menjadi pilihan pengguna kerana ia terasa lebih lancar pengoperasiannya tanpa isu bloatware. Namun begitu, masih terdapat beberapa kekurangan pada peranti ini seperti telefon pintar cepat berasa panas apabila mengecas, serta ketiadaan lampu status LED adakalanya terasa agak menjengkelkan kerana anda perlu bergantung kepada paparan Always-On-Display yang perlu diaktifkan dengan mengangkat peranti.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here