**********

Segmen reviu kami untuk honor 7A telah pun bermula pada bahagian pertama sebelum ini. Untuk itu, dalam artikel ini kami sediakan ulasan seterusnya mengenai honor 7A. Ujian dalaman yang pertama ialah pada bahagian sistem antaramuka, seterusnya bateri, prestasi dan hasil gambar daripada jabatan kamera.

 

ANTARAMUKA

Walaupun dijual pada harga bajet, anda masih boleh menikmati sistem perisian berasaskan Android terkini. Android Oreo juga didatangkan bersama antaramuka EMUI 8.0 yang mana lebih kurang sama seperti peranti honor 10.

Antaramuka EMUI 8.0

Terdapat banyak ciri menarik yang boleh diaktifkan pada peranti honor 7A. Melalui bantuan pintar Three-finger screenshot, anda boleh mengambil gambar skrin dengan hanya meleret tiga jari ke arah bawah.

Ciri gesture mudah

Ciri Double touch pula ialah membenarkan skrin menyala dengan hanya menyentuh ia sebanyak dua kali. Bagi memadamkan bunyi semasa panggilan atau notifikasi masuk ialah dengan cara menterbalikkan peranti melalui ciri Flip.

Sistem keselamatan

Daripada segi keselamatan, honor 7A boleh dinyah kunci menerusi pengecaman wajah, Face Unlock atau cap jari biometrik. Selain itu alternatif lain seperti PIN, paten dan kata laluan turut disediakan. 

Pengimbas cap jari pelbagai-guna

Pengimbas cap jari bukan sahaja berfungsi untuk membuka peranti kerana pada honor 7A, pengimbas cap jari boleh dijadikan sebagai kursor seperti menyentuh untuk mengambil gambar, menjawab panggilan, menghentikan jam loceng, menurunkan bar notifikasi dan menyelak gambar di galeri. 

Ride mode

Bagi mereka yang menunggang motosikal, ciri ini mungkin akan membantu kerana dengan Ride mode, peranti akan menjawab setiap panggilan yang masuk dengan mesej seperti yang ditetapkan. Misalnya anda memasukkan teks “Saya akan menghubungi semula sebentar lagi”, mesej ini akan dihantar secara automatik kepada pemanggil.

 

BATERI

Menyokong kabel MicroUSB sahaja

Bateri sebesar 3,000mAh ini tidak besar dan hanya mempunyai kapasiti yang standard. Sistem pengecasan pula didatangkan dengan sumber kuasa adapter 5V/1A (biasa). Ujian masa mengecas juga telah dilakukan malah rekod yang diambil ialah selama 180 minit untuk bateri penuh.

Masa pengecasan yang mengambil masa selama 3 jam

Bagaimanapun kami mendapati apabila bateri telah turun ke zon merah, peranti akan terpadam dengan singkat sekali.

 

KAMERA

Kamera asas ini tidak mempunyai sebarang bantuan seperti PDAF, penstabilan imej, atau zoom optikal tetapi jika anda tidak menitik beratkan bab kamera, ia tidak menjadi masalah.

Kamera utama 13 Megapiksel dengan LED flash

Bagi model di Indonesia, honor 7A didatangkan dengan sistem dwi kamera namun untuk pasaran Malaysia hanya satu lensa disediakan di belakang.

Kamera depan 8 Megapiksel dengan LED flash (soft flash)

Fungsi telefon pintar tidak lengkap tanpa kamera depan, jadi untuk berswafoto anda diberikan bantuan lampu LED yang lembut. Ciri ini sekurang-kurangnya dapat membantu penggambaran di dalam persekitaran yang malap.

Antaramuka kamera depan
Antaramuka kamera belakang

 

 

HASIL GAMBAR

Outdoor

 

Indoor

 

Swafoto
Dengan Beauty
Tanpa Beauty

 

RUMUSAN

Bagi anda yang mempunyai bajet kecil tetapi inginkan peranti dengan skrin 18:9, honor 7A boleh dipertimbangkan. Selain itu ia dibina dengan tubuh logam serta perisian dalaman Android Oreo. Bagi kami, peranti ini merupakan sebuah telefon serba boleh dan ada kelengkapan yang cukup. Cuma ada seketika telefon ini lambat untuk respon mungkin disebabkan versi perisian sedia ada. Walaupun begitu, mungkin selepas ini pihak Honor akan mengeluarkan kemas kini yang lebih baik berbanding asal.

Pro +
  • Skrin FullView Display
  • Tubuh badan logam sepenuhnya
  • Face Unlock yang pantas
  • Speaker yang kuat
  • Slot kad banyak
  • Antaramuka terkini
  • Harga rendah
Kontra –
  • Pilihan warna terhad
  • Cat pada kerangka tidak cantik
  • Butang fizikal tidak solid
  • Pengecasan yang lambat

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here