**********

HARGA: RM1,999 (64GB) / RM2,199 (128GB)

Pada bahagian yang pertama, kami hanya mengulas Xiaomi Mi MIX 2S daripada segi reka bentuk, prestasi dan bateri. Maka untuk bahagian kedua ini, kami akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai sistem antaramuka serta hasil gambar daripada peranti mantap ini.

Xiaomi Mi MIX 2S merupakan sebuah peranti kelas induk yang menampilkan rekaan futuristik melalui skrin paparan yang penuh. Ia juga dilengkapi cip yang berprestasi tinggi di samping reka bentuk yang premium. Bagi melengkapkan fungsi dan ciri-ciri sesebuah telefon pintar, peranti ini telah dioperasikan dengan perisian berasaskan Android Oreo serta antaramuka MIUI 9.

ANTARAMUKA

EMUI 9 dengan ekosistem Android Oreo menyediakan beberapa fungsi dan ciri yang menarik kepada pengguna.

Bagi yang sudah familiar dengan EMUI, mungkin anda tiada masalah untuk mengendalikan peranti ini. Bagi pengguna baru pula, antaramuka ini mudah untuk difahami dan digunakan.

Ciri gesture yang tidak lagi memerlukan butang navigasi di sebelah nampak lebih kemas. Anda hanya perlu melakukan kaedah meleret jari untuk kembali atau menutup aplikasi pada antaramuka ringkas ini.

Ciri seperti sebegini lebih kurang sama seperti peranti Apple iPhone X.

Bagi memastikan pengalaman bermain game lebih mengasyikkan, anda boleh mengaktifkan mod game speed booster.

Game Speed Booster

Ciri ini berfungsi untuk menyekat panggilan yang masuk ketika bermain game dan untuk setakat ini hanya aplikasi WeChat sahaja yang menyokongnya.

Jika di rumah anda memiliki sambungan WiFi, anda boleh jadikan peranti ini sebagai WiFi extender. Melaluinya, anda boleh meluaskan liputan WiFi di rumah tanpa memerlukan alat elektronik yang lain.

 

HASIL GAMBAR

Kamera pada Xiaomi Mi MIX 2S menggunakan sensor berjenama Sony dan Samsung. Gabungan kedua-dua sensor ini sekaligus menghasilkan hasil gambar yang baik dan kerana itu, peranti ini telah diiktiraf oleh DxOMark sebagai peranti cemerlang untuk aspek penggambaran. Skor yang diperolehi juga mendapat sebanyak 97 setanding dengan peranti Apple iPhone X dan Huawei Mate 10 Pro.

Antaramuka kamera utama yang menggunakan AI dan tanpa AI (kanan)

Dwi kamera 12 Megapiksel ini turut mendapat integrasi AI (kecerdasan buatan) yang membolehkan kamera mengambil gambar dengan lebih bijak. Pemproses AI akan melaras gambar mengikut kesesuaian sesuatu persekitaran menjadikan hasilnya lebih baik dan lebih cantik. Namun, sepanjang menggunakan peranti ini, kami mendapati isu yang tidak boleh dielakkan ialah lensa sukar untuk fokus pada sesuatu objek yang dekat. Kami merasakan ia perlu diperbaiki dalam kemas kini perisian yang akan datang.

Di bawah merupakan hasil gambar yang diperolehi sepanjang menggunakan Xiaomi Mi MIX 2S:

Gambar AI & Bukan AI

 

Gambar yang menggunakan AI sepenuhnya:
Outdoor

 

Indoor

Malam

Potret

Swafoto (tidak menyokong AI)
Mod bokeh

 

 

 

KESIMPULAN

Sepanjang mengulas Xiaomi Mi MIX 2S, kami mendapati peranti ini agak berbaloi untuk dimiliki. Pertama, harga yang ditawarkan tidak terlalu tinggi dan masih mampu untuk dibeli. Kedua, spesifikasi yang diberikan cukup baik dan serba lengkap untuk fungsi asas. Fokus utama yang boleh dilihat pada peranti induk ini ialah Xiaomi fokus pada keupayaan kamera belakangnya dan rekaan skrin bezel nipis tanpa takuk.

Walaupun begitu, kekurangan pada peranti ini ialah pada bahagian luaran yang ketiadaan bicu audio dan IR Blaster (kawalan jauh). Selain itu, kamera swafoto juga berada di tahap yang memuaskan sahaja di samping tubuh badan yang berat untuk saiz yang sepatutnya.

Apa-apapun jika anda inginkan telefon power tanpa perlu keluarkan duit yang banyak, Xiaomi Mi MIX 2S boleh dipertimbangkan. Perlu diingatkan, peranti lain dengan spesifikasi yang hampir sama dengan peranti ini dijual pada harga jauh lebih tinggi.

Selamat Membeli!

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here