**********

HARGA: RM1,999 (64GB) / RM2,199 (128GB)

Pada tanggal 1 Mei yang lepas, Xiaomi secara rasminya telah melancarkan sebuah telefon pintar baharu kelas induk iaitu Xiaomi Mi MIX 2S ke pasaran tempatan, sekaligus mengemas kini barisan peranti Xiaomi untuk para peminat di Malaysia. Apa yang dibawakan oleh syarikat terkenal ini ialah sebuah peranti berprestasi tinggi yang menawarkan harga mesra dompet.

Kami berkesempatan untuk mengulas peranti ini dengan lebih terperinci dan sudah pasti anda di luar sana juga ingin tahu apakah ciri menarik yang ada pada Xiaomi Mi MIX 2S. Adakah dengan berbelanja sebanyak RM1,999, peranti ini mampu berikan apa yang anda mahu? Jom baca seterusnya…

 

SPESIFIKASI

 

SET PEMBELIAN

 

RUPA LUARAN

Paparan skrin 18:9

Kini hampir kesemua peranti keluaran 2018 hadir dengan paparan skrin nisbah 18:9. Peranti Xiaomi dengan ruang bezel paling nipis dipegang oleh siri Mi MIX. Jadi sehingga ke generasi terbaru ini, paparan hampir penuh sebegini rupa masih dikekalkan.

Skrin atas tanpa takuk menjadikan rekaan Xiaomi Mi MIX 2S kelihatan lebih kemas dan moden berbanding peranti keluaran jenama lain.

 

Lubang Earpiece

Ramai yang tertanya-tanya manakah perginya lubang earpiece, ia berada di bahagian ruang bezel atas skrin dengan saiz yang nipis. Jika dari jarak jauh earpiece ini sedikit sukar untuk dikesan melainkan ianya diteliti secara dekat.

Tidak hanya berfungsi sebagai pembesar suara ketika membuat panggilan, earpiece ini juga berfungsi sebagai speaker kedua lantas menjadikan peranti ini hadir dengan dwi speaker Stereo. Dengan itu, pengguna akan menikmati hiburan audio yang lebih menyeluruh pada Xiaomi Mi MIX 2S.

 

Kamera Di Dagu

Tradisi Mi MIX yang meletakkan kamera swafoto di bahagian bawah masih dikekalkan sehingga ke hari ini.

Ruang dagu yang menempatkan lensa kamera ini agak pelik berbanding peranti lain di mana kebanyakannya diletakkan di sebelah atas. Walaupun begitu, pengguna boleh memusingkan peranti dari arah bawah ke atas untuk memudahkan rakaman swafoto.

Sebaik memusingkan, anda boleh menekan butang kawalan suara untuk mengambil gambar bagi menggantikan butang shutter maya pada skrin.

 

Kamera Utama

Kamera belakang pada peranti ini telah direkodkan di dalam senarai DxOMark dengan skor 97 iaitu kedudukan selepas Huawei Mate 10 Pro yang menggunakan kamera Leica.

Prestasi dwi kamera pada Xiaomi Mi MIX 2S tidak boleh dipandang rendah kerana ia menggunakan sensor daripada Sony IMX dengan gabungan sensor Samsung S5K3M3. Kamera ini agak menarik kerana ia dikemaskan dengan bingkai berwarna emas.

 

Speaker Stereo

Sistem audio yang mewakili aspek hiburan pula didatangkan dengan dua speaker stereo di atas dan di bawah.

Speaker di atas terletak pada lubang earpiece, sementara satu lagi speaker dimuatkan di sebelah bawah bersebelahan dengan bicu USB Type-C.

 

Slot Kad

Menjadi trend pada masa kini setiap telefon pintar yang dikeluarkan menawarkan slot kad lebih daripada satu (iPhone dikecualikan). Ia sebenarnya memudahkan pengguna untuk berkomunikasi menggunakan SIM yang berbeza.

Kerana itu, Xiaomi Mi MIX 2S hadir dengan dwi slot untuk SIM nano pada bahagian sisi kerangka.

 

Panel Gelas Premium

Reka bentuk pada peranti ini agak seimbang, jika di panel depan dengan bingkai skrin yang nipis, panel belakang pula dibina menggunakan gelas berkilau.

Gelas ini juga agak premium kerana berat peranti ini juga mencecah sehingga 191 gram.

Pengimbas Cap Jari

Fungsi paling penting yang tidak dilupakan ialah sistem keselamatan pengimbas cap jari. Alat biometrik ini diletakkan di panel belakang dengan kedudukan ergomik yang mudah dicapai jari.

Proses nyahkunci sangat pantas dan jika anda inginkan kaedah yang lain, sistem paten, kata laluan dan PIN turut disediakan.

 

Pengantara Bicu Audio

Oleh disebabkan Xiaomi Mi MIX 2S tidak didatangkan dengan bicu audio, anda akan diberikan pengantara bicu daripada USB Type-C ke 3.5mm audio jack yang hadir sama di dalam kotak pembungkusan. Namun, tiada fon telinga disertakan sekali.

Kuasa

Perkakasan Xiaomi Mi MIX 2S boleh dikatakan setanding dengan peranti induk lain di pasaran. Peranti ini menggunakan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 845 mampu memberikan prestasi yang ekstrem, dalam masa sama ia juga sangat pantas dalam memproses data. Ditemani dengan memori RAM sebesar 6GB, storan dalaman telah didatangkan dengan dua pilihan varian 64GB atau 128GB. Bagaimanapun, tiada sokongan slot untuk kad memori.

Kami sempat melakukan ujian untuk mengukur tahap prestasi pada peranti ini. Boleh dilihat pada skor, peranti ini mendapat keputusan yang baik dalam pelbagai aspek terutamanya untuk pemprosesan, grafik dan memori.

Oleh kerana lengkap dengan cip berkuasa, sudah tentu ia juga menyokong permainan mudah alih yang ‘berat’. Misalnya kami telah mencuba bermain game “Garena Free Fire”, dan hasilnya peranti ini tidak lag dan tidak tersekat-sekat. Dalam faktor lain, skrin yang penuh juga banyak membantu memberikan keterujaan semasa bermain.

 

Bateri

Tiada perbezaan untuk kapasiti bateri jika dibandingkan dengan generasi terdahulu. Xiaomi Mi MIX 2S dibekalkan dengan sumber kuasa sebesar 3,400mAh.

Bateri mengambil masa 125 minit untuk dipenuhkan sehingga 100%

Bateri yang sederhana ini juga boleh dicas dengan pantas melalui pengecasan berteknologi Quick Charge 3.0. Untuk bateri yang penuh ia mampu memberikan kitaran masa kepada pengguna sekitar setengah hari untuk penggunaan yang normal.

Di samping itu, anda juga boleh mengaktifkan sleep mode jika perlu. Fungsi ini membolehkan peranti mengesan anda semasa tidur dengan memadamkan fungsi NFC, Bluetooth, GPS, data Internet dan WiFi, termasuk memadamkan aplikasi latar untuk penjimatan bateri.

 

IKUTI Reviu bahagian kedua seterusnya…

 

Hands-on Xiaomi Mi MIX 2S ↓↓↓

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here