**********

Okay, tak sebut yang lain, kita focus pada kamera di sini. ASUS ZenFone 5 (ZE620KL) bukan lagi peranti yang menggunakan pemproses Intel, ia totally baharu pada tahun 2018 walaupun nama untuk peranti ini masih kekal sama sepertimana model terdahulu. Namun, ia boleh dikatakan lebih cemerlang berbanding siri sebelumnya iaitu ZenFone 4. Terlalu banyak peningkatan pada ZenFone 5, termasuk pembinaan dwi lensa dan teknologi AI disertakan.

Baca Juga: Sekilas Pandang ASUS ZenFone 5 (ZE620KL)

Menurut Apple, rekaan dwi lensa secara menegak adalah lebih sesuai dan boleh dilihat dengan lebih teliti lagi, tambahan kesan bokeh yang lebih sempurna. Adakah itu sebabnya ASUS mengikut jejak kaki Apple dalam rekaan kamera, itu tak penting kan?!

Yang penting kita nak tahu keupayaannya penggambarannya, kerana mengikut catatan DXOMark, ZenFone 5 mendapat 93 markah pada penggambaran. Markah ini agak mengejutkan dan jelas menunjukkan kemampuan ZenFone 5 walaupun berada di kelas pertengahan.

 

SPESIFIKASI KAMERA

  • Kamera Utama: Sony IMX363 12MP Aperture f/1.8, 8MP 120° sudut lebar
  • 1/2.55” saiz sensor, 1.4µm saiz piksel
  • Kamera Hadapan: 8MP Aperture f/2.0
  • 4-axis OIS (Penstabilan Imej Optikal) / Dual piksel PDAF / LED flash
  • 16 AI Scene Detection (Potret, Makanan, Langit, Padang, Tumbuhan, Laut, Senja, Salji, Bunga, Pentas, Anjing, Kucing, Pemandangan Malam, Kod QR, Teks dan Tripod)
  • AI Photo Learning
  • Mod PixelMaster: Auto, Beauty, Pro, Super Resolution (48MP), GIF Animation, Panorama, Time Lapse (dengan mod Power Saving), 8 jenis filter
  • Rakaman video 4K UHD (3840 x 2160p @ 30fps)
  • Video Slow Motion (1080p @120fps / 720p @240fps)
  • ZeniMoji: Live Emoji

 

REKAAN KAMERA

Seperti yang disebut di atas, ZenFone 5 menawarkan konfigurasi dwi kamera pada panel belakang. Kedudukan menegak ini mempunyai gabungan 12MP + 8MP kamera utama yang masing-masing menyokong aperture f/1.8 dan f/2.0 (sudut lebar).

Untuk kamera hadapan pula, ia hadir dengan lensa 8MP yang juga menyokong aperture f/2.0. Selain itu, kamera hadapan ini juga menyokong Face Unlock, reviu seterusnya kita akan perkenalkan lebih lanjut ya…

 

PIXELMASTER KAMERA

Seperti siri sebelumnya, teknologi PixelMaster yang sudah lama digunapakai oleh ASUS turut serta dalam siri terbaru ini.

Tetapan Kamera

Mod seperti Auto yang menyokong Night HDR dan Potret, Beauty serta Pro masih dikekalkan, antara yang paling kerap diguna selain Auto mestinya Beauty.

 

Mod beauty seperti biasa menyediakan pelbagai tetapan

Anda boleh melaras tahap kecantikan mengikut kesukaan diri sendiri, misalnya Soften Skin, Enhance eyes, Thin cheeks dan banyak lagi.

Mod penggambaran yang sedia ada dalam kamera ZenFone 5

Super Resolution (48MP), GIF Animation, Panorama, Time Lapse (dengan mod Power Saving) dan Slow Motion (1080p @120fps / 720p @240fps) boleh dipilih dengan meleret ke kanan pada skrin; sementara pilihan 8 jenis efek/filter boleh meleret ke kiri.

 

WAJAH BARU, TEKNOLOGI BARU – AI KAMERA

Teknologi AI adalah perlu dalam bidang telnologi masa kini, apatah lagi kecerdasan-buatan ini sangat membantu dalam kehidupan seharian. Beberapa tahun sebelumnya mungkin anda pernah menjadi salah seorang yang tidak faham-faham dengan perkembangan mobil, tetapi dalam masa singkat setahun dua ini, ia boleh dikatakan berubah secara mendadak! ASUS tidak ingin terkecuali dalam arena ini, ZenFone 5 selain mendapat sokongan penuh dari teknologi PixelMaster, ia turut menawarkan sokongan AI pada kameranya.

AI Scene Detection

ASUS membawakan sebanyak 16 jenis AI Scene Detection terdiri daripada Potret, Makanan, Langit, Padang, Tumbuhan, Lautan, Senja, Salji, Bunga, Pentas, Anjing, Kucing, Pemandangan Malam, Kod QR, Teks dan Tripod.

Kebanyakan gambar yang dikesan boleh dikatakan sangat pantas dan tepat, bahkan bukan objek sebenar juga boleh dikesan oleh ZenFone 5.

 

Depth Effect (Bokeh)

ZenFone 5 menawarkan fungsi Depth Effect di mana anda boleh melaras bukaan lensa sehingga f/0.95, bermakna anda diberi lebih pilihan semasa membuat kesan bokeh mengikut kesukaan anda.

Pembukaan lensa boleh sehingga f/0.95, anda boleh melaras secara manual.

 

Rakaman Video 4K

ZenFone 5 menyediakan banyak sangat pilihan rakaman video, dari kualiti 4K hingga ke format TV, puasssss….

 

AI Photo Learning

Fungsi terbaru ini dibekalkan bersama kamera ZenFone 5, ia membolehkan kerja suntingan anda menjadi lebih mudah.

AI Photo Learning akan mengingati pilihan penyuntingan anda dan akan menyesuaikan tetapan kamera supaya gambar seterusnya yang anda ambil dalam situasi yang sama, akan diselaraskan dengan gaya penyuntingan anda.

 

KEHEBATAN PENGGAMBARAN KAMERA AI DI TANGAN KAMI…

HDR

Sokongan HDR kali ini merupakan salah satu tarikan pada ZenFone 5 selain teknologi AI, kerana adanya kehadiran HDR akan menyempurnakan lagi hasil gambar yang diambil.

Perbezaan antara HDR OFF / ON

 

Sudut Lebar

Sokongan dwi kamera pada ZenFone 5 selain 12 megapiksel yang mampu memberi tangkapan gambar cantik, lensa sudut lebar 120 darjah juga memberi gambaran yang lebih luas.

Berdasarkan gambar yang diambil dengan mod biasa, prestasinya sudah cukup baik. Namun gambar menunjukkan lebih luas dengan elemen yang boleh dipaparkan dalam gambar setelah Wide Angle diaktifkan.

Perbezaan antara Wide Angle OFF / ON
Wide Angle OFF
Wide Angle ON
Wide Angle OFF
Wide Angle ON

 

Senja

Pemandangan waktu senja memang boleh menghasilkan gambar yang penuh artistik, jika padan dengan kamera berkuasa hasilnya tentu akan lebih menakjubkan!

Dengan HDR diaktifkan, warna dalam gambar lebih menepati warna sebenar dan silauan cahaya serta setiap details pun jelas nampak.

Contoh Hasil Gambar Lain…

Makro

 

Makanan

Potret

Swafoto

Indoor

Outdoor

Malam

 

Filter (Grayscale)

Pro

Mod Pro sebenarnya agak mencabar sekiranya anda tidak berapa pandai menggunakannya, mod ini seperti kamera profesional yang memerlukan anda membuat tetapan secara manual. Kami menyarankan anda menggunakan tripod semasa mengambil gambar di bawah mod ini demi mendapat kualiti gambar yang lebih cantik dan stabil.

ISO 200, f/2.2, Exposure 1/80s
ISO 200, f/1.8, Exposure 1/167s

 

 

AKHIR KATA…

Tidak dapat dinafikan bahawa keupayaan penggambaran ASUS ZenFone 5 (ZE620KL) sangat mengagumkan, kaki ZenFone mesti boleh rasai perasaan teruja apabila peranti ini dirasmikan di Malaysia. Kualiti gambar yang cukup menonjol menjadi tarikan utama ZenFone 5 disukai ramai, tambahan 16 jenis AI Scene Detection yang tepat mampu meningkatkan lagi kualiti gambar.

Walaupun AI-nya bukan yang sehandal berbanding peranti flagship yang tersedia di pasaran, tetapi sebagai peranti yang berada di kelas pertenghan dengan markah setinggi 93 dari DxOMark adalah unsur penting dalam mendorong ASUS melangkah ke depan lagi.

Dengan tawaran harga RM1,299, kamera ZenFone 5 boleh dikatakan terbaik dari segi penggambarannya, anda setuju ke tak?!

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here