**********

ASUS yang sering mengemas kini portfolio produk mereka kali ini hadir dengan laptop gaming siri terbaharu, model yang kami terima untuk sesi reviu ialah TUF FX504 yang mana varian kedua tertinggi menggunakan CPU Generasi ke-8 daripada Intel. Harga untuk siri laptop ini tidaklah terlalu tinggi tetapi masih boleh dimiliki pada harga di bawah RM4,500 untuk kesemua varian.

Sistem grafik berprestasi tinggi juga menjadikan laptop ini berkuasa seperti komputer PC berkualiti. Bagi mereka yang baru berkecimpung di dalam arena e-sukan, laptop ini boleh dijadikan sebagai alat mainan pertama mereka.

 

SPESIFIKASI

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

CIRI-CIRI DITAWARKAN

ASUS mengatakan reka bentuk pada laptop ini berkonsepkan rekaan kapal angkasa sementara garisan yang bersegi dengan warna merah pula diilhamkan daripada robot masa depan.

Terdapat beberapa indikator diletakkan di sebelah luar untuk memudahkan pengguna melihat keadaan semasa laptop, misalnya ia sedang dicas atau dalam keadaan Airplane mode.

Sirip udara menjadi faktor penting untuk mengalirkan haba panas keluar. Untuk laptop ini ia terletak di sebelah belakang kiri dan kanan manakala bahagian tengah dibiarkan tertutup.

Oleh kerana laptop ini berada di bawah kategori laptop gaming, kualiti paparan yang dihasilkan masih memuaskan dengan resolusi FHD 1920 x 1080 piksel. Lebih menariknya, kadar segar semula mencecah 120Hz dan kadar respon serendah 3 milisaat menawarkan pengalaman bermain yang cukup selesa.

Papan kekunci yang kelihatan garang ini menggunakan warna merah sebagai warna tema, agak mirip dengan identiti ROG. Binaan butang berasaskan plastik dan getah menjadikan ia selesa untuk ditekan serta tahan lasak, sangat sesuai untuk gaming. Lampu backlight yang terang juga boleh dilaras di bahagian papan kekunci mengikut kesesuaian pengguna.

Pad sesentuh yang besar memberi kelebihan semasa bermain game. Tetapi rata-rata orang yang bermain game, mereka lebih sukakan tetikus berwayar yang disambungkan. Dengan permukaan yang licin, kotoran pada pad ini mudah terperangkap. Walaubagaimanapun, pad sesentuh ini selesa digunakan tanpa sebarang isu.

Sistem audio yang baik sudah semestinya akan memberi kepuasan sewaktu bermain game. Melalui teknologi DTS Headphone X, bunyi yang dilontarkan juga agak kuat serta mendalam. Bunyi stereo yang dihasilkan daripada speaker ini berkualiti tinggi dan tidak mengecewakan.

ASUS TUF tidak boleh dipusingkan melebihi 135 darjah (lebih kurang). Ini mungkin tidak digemari ramai pengguna tetapi perlu diingatkan skrin besar lebih menfokuskan aktiviti gaming walaupun kerja-kerja produktiviti masih berprestasi tinggi.

 

Bicu Sambungan

Kelebihan laptop yang tebal ialah ia mempunyai ruang untuk bicu-bicu penting. Tidak seperti laptop ultra yang nipis, TUF menyediakan bicu seperti USB, HDMI, LAN, audio dan kuasa. Kedudukan bicu-bicu ini diletakkan sebaris di sebelah sisi kiri kerangka.

Speaker juga boleh dilihat di sebelah paling kanan berjauhan dengan bicu sambungan

Laptop yang mahal perlu dijaga sebaik mungkin. Melalui lubang keselamatan Kensington, laptop boleh dikunci bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Bagaimanapun, menerusi kaedah ini ia tidak dapat menjamin keselamatan yang menyeluruh.

Ketebalan laptop ini mengikut kertas ialah 24.2cm

 

Teknologi Hypercool

Sebagai sebuah laptop permainan, isu kepanasan sangat perlu dititikberatkan. Jadi ASUS TUF FX504 telah membekalkan sistem Anti-Dust Cooling dan teknologi Fan Overboost pada panel belakangnya.

Kombinasi ini dapat menjamin prestasi yang stabil serta lancar di samping juga mampu memanjangkan jangka hayat laptop ini.

 

 

Ujian Prestasi

ASUS TUF sememangnya dibina khusus untuk gaming, jadi perkakasan yang dimuatkan pula perlulah yang terbaik dan berprestasi tinggi.

Dengan gabungan sistem operasi Windows 10 dan Intel i7 Generasi ke-8, laptop ini dapat menjanjikan kuasa yang diperlukan pengguna. Keenam-enam teras kuasa ini telah diuji untuk mendapatkan skor untuk setiap aspek.

Ujian yang dijalankan menggunakan aplikasi User Benchmark
Ujian yang dijalankan menggunakan aplikasi User Benchmark

Selain daripada itu, ujian CrystalDiskMark juga dibuat bagi mendapatkan rekod kepantasan dalam membaca dan menulis data. Skor yang dicatatkan agak tinggi dan ternyata laptop ini tidak bermasalah dalam memproses data.

Ujian CrystalDiskMark

 

Kamera

Kamera web untuk sebuah laptop tidak secantik kamera pada telefon pintar. Oleh kerana kamera web jarang digunakan pada masa kini, maka pihak pengeluar mengambil keputusan untuk tidak membuat penambah baikan padanya.

Hasilnya, gambar yang kami rakam cuma pada tahap biasa kerana resolusi kamera hanya menggunakan format VGA.

Hasil gambar dari kamera laptop

 

PENDAPAT KAMI…

Secara keseluruhan ASUS TUF Gaming FX504 ialah sebuah laptop gaming ‘mampu milik’ daripada ASUS Malaysia. Pada harga bermula RM3,299, bakal pembeli tidak akan dibebankan dengan tanda harga yang terlalu tinggi seperti laptop gaming lain.

Dengan reka bentuk yang moden, ia agak berat untuk dibawa ke mana-mana mungkin pihak ASUS inginkan anda fokus bermain di rumah. Sungguhpun berat, FX504 tetap merupakan sebuah laptop yang hebat, prestasinya tidak boleh disangkal lagi.

⊕ Kebaikan
  • Paparan skrin jelas dan terang
  • Kerangka badan plastik berkualiti tinggi
  • Butang kekunci tahan lasak
  • Backlight merah yang terang
  • Sambungan I/O mencukupi
  • Bunyi audio yang mendalam
  • Pad sesentuh besar dan responsif

 

Θ Kekurangan
  • Bezel tebal di sekeliling skrin
  • Berat melebihi 2 kg
  • Bateri penuh hanya tahan sekitar 3 jam
  • Kamera web kurang berkualiti
  • Pad sesentuh mudah memerangkap cap jari

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here