Raya Tak Nak Sesak Di Jalan Raya? Waze Berkongsi 5 Tip…

701
**********

Waze berkongsi 5 tip balik kampung dan ramalan trafik untuk pemanduan yang lebih selamat dan efektif pada Hari Raya ini…

Dah siap semua benda yang nak bawa balik kampung semasa raya, hanya satu sahaja yang tak dapat dielakkan — kesesakan di jalan raya! Walaupun balik dengan hati senang dan gembira, tetapi kalau boleh elakkan kesesakan lagi bagus, kan?!

Jadi, apa yang boleh anda buat supaya pemanduan balik kampung lebih efektif? Waze ada 5 tip berguna nak bagitahu!

Tip 1: Rancang Perjalanan Mengikut Kawasan dan Waktu Trafik Tinggi

Untuk membantu anda merancang perjalanan dari 12 Jun hingga 20 Jun, Waze telah mengenal pasti kawasan-kawasan dan waktu-waktu trafik tinggi sepanjang masa ini.

Berdasarkan data trafik Waze, Johor, Kedah, Kelantan, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Sarawak dan Terengganu diramal mengalami peningkatan kesesakan lalu lintas, jadi mereka yang menuju ke negeri-negeri tersebut dinasihatkan supaya mengambil perhatian terhadap waktu-waktu terbaik untuk merancang perjalanan mereka.

Senarai negeri-negeri di bawah dengan waktu yang harus anda elak apabila memulakan perjalanan balik kampung!

Kuala Lumpur & Melaka
Batu Pahat & Johor Bahru
Kedah & Kelantan
Pahang & Terengganu
Sabah & Sarawak
Tip 2: Kongsi Pemanduan anda bersama Keluarga Anda

Semasa anda berada di jalan raya, ibu anda mungkin risau menantikan kehadiran anda pada makan malam bersama keluarga, atau sama ada anda selamat. Tenangkan hati keluarga anda ketika anda dalam perjalanan untuk bertemu mereka.

Dengan hanya berkongsi pemanduan anda, keluarga anda dapat menjejaki pemanduan anda tanpa mengganggu anda dengan mesej teks atau panggilan telefon!

Sebelum memulakan pemanduan anda:

1) Klik Hantar ETA

  • Untuk menghantar menerusi aplikasi, pilih rakan-rakan yang ingin kongsikan ETA anda dan klik Hantar.
  • Untuk berkongsi ETA anda sebagai mesej teks, mesej WhatsApp, emel atau pautan, klik Lagi.
Selepas anda memulakan navigasi:

1) Klik bar ETA di bahagian bawah skrin anda.

2) Klik Hantar ETA. Untuk menghantar ETA:

  • Untuk menghantar menerusi aplikasi, pilih rakan-rakan yang ingin anda kongsikan ETA anda dan klik Hantar.
  • Untuk berkongsi ETA anda sebagai mesej teks, emel atau pautan, klik Lagi.
Tip 3: Jangan Berlepak di Destinasi Trafik Tinggi!

Destinasi kegemaran semasa Hari Raya adalah pusat membeli-belah, di mana trafik meningkat sebanyak 20%, diikuti dengan restoran, hotel, stesen minyak dan bank. Tidak hairan jika pusat membeli-belah dan restoran menjadi dua destinasi trafik tertinggi kerana kedua-duanya adalah destinasi-destinasi gaya hidup yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, oleh kerana Hari Raya memang elok diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan. Adalah bijak jika anda tahu tempat-tempat lepak yang lain.

Selain itu, anda boleh merancang pertemuan dengan mudah dengan berkongsi lokasi anda bersama rakan-rakan dan keluarga anda melalui Waze.

 

Tip 4: Kongsi Lokasi Anda untuk Memudahkan Pertemuan

Jika anda ingin bertemu dengan beberapa orang rakan lama yang telah lama meninggalkan kampung halaman, anda boleh membantu mereka menjimatkan masa untuk mencari tempat pertemuan anda.

Dalam 4 langkah yang mudah, anda boleh berkongsi lokasi atau lokasi destinasi supaya anda dapat bertemu dengan rakan-rakan tanpa perlu risau tentang kesesatan di jalan raya.

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

1) Klik Menu

2) Klik tiga titik, bersebelahan dengan Kegemaran atau alamat dari sejarah destinasi anda.

3) Jika anda dan rakan-rakan anda sedang menuju ke tempat yang sama, cari alamat lokasi pertemuan anda; jika anda sudah berada di lokasi dan mahu mereka mencari anda, biarkan GPS menentukan lokasi semasa anda.

4) Klik Hantar lokasi

  • Untuk menghantar menerusi aplikasi, pilih rakan-rakan yang ingin anda kongsikan lokasi dan klik Hantar.
  • Untuk berkongsi lokasi anda sebagai mesej teks, emel atau pautan, klik Lagi.

Tip 5: Perhatikan Kelajuan Kereta Anda

Walaupun amat seronok jika anda tidak menghadapi kesesakan lalu lintas, keselamatan mestilah sentiasa diutamakan! Aktifkan pemberitahuan had laju pada aplikasi Waze anda supaya anda boleh melihat kelajuan kereta anda. Lebih baik lagi, terima makluman apabila anda memandu pada atau melebihi had laju.

1) Klik Menu, kemudian Tetapan.

2) Klik Meter Kelajuan.

3) Hidupkan mana-mana atau semua tetapan berikut:

  • Papar meter kelajuan untuk melihat kelajuan kereta anda. Meter kelajuan anda sepatutnya muncul di sudut kiri bawah peta navigasi anda.
  • Papar had laju untuk melihat had laju bagi jalan yang sedang anda lalui. Ikon di sebelah meter kelajuan jika anda memandu berhampiran dengan had laju.
  • Mainkan bunyi amaran untuk mendengar pemberitahuan bunyi jika anda memandu melebihi had laju.
  • Bila untuk papar amaran: pilih jika anda ingin diberitahu apabila anda memandu pada atau melebihi had laju.

Muat turun Waze di Android atau iOS dan cuba fungsi-fungsi yang dikongsikan di atas untuk mengelakkan kelewatan perjalanan balik kampung anda!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here