Produk Baharu Jabra Elite – Pengalaman Suara & Muzik Berkualiti

594
**********

Produk Jabra terkenal dengan kualiti suaranya yang menakjubkan, hari ini secara rasminya mereka sekali lagi memperkenalkan rangkaian produk baharu Elite, iaitu headset dan earbuds yang direka khas untuk menghasilkan bunyi terunggul.

Produk baharu ini direka bertujuan memenuhi keperluan pengguna bukan sekadar kualiti muzik yang unggul, bahkan juga untuk keupayaan suara yang baik, sama ada membuat panggilan atau menggunakan pembantu maya seperti Siri, Google Now atau Alexa.

Jabra Elite Sport merupakan produk paling laris dalam rangkaian ini, earbuds wayarles membawa teknologi terkini di mana konfigurasi mikrofon yang unik dapat memastikan suara pengguna sentiasa didengari. Tambahan lagi, aplikasi Jabra Sound+ (muat turun Android / iOS) membolehkan anda menyesuaikan muzik dengan bunyi yang padan dengan anda.

Aplikasi Sound+

Selain itu, produk Elite baharu ini juga hadir bersama jaminan waranti selama dua tahun terhadap kemasukan habuk dan air (2 tahun bagi Elite Active 65t termasuk kemasukan peluh).

Integrasi Alexa

Pembantu maya semakin popular, bagi anda yang suka penggunaan arahan suara, produk baharu ini membolehkan sokongan suara bagi semua perkhidmatan suara terkemuka, termasuk Amazon Alexa, di mana-mana sahaja. Jabra menjadi pertama yang menawarkan penggunaan ciri mudah alih ini, dengan memberikan akses bagi pelanggan kepada Alexa secara terus dari earbud. Dengan Alexa, anda boleh mengarah memainkan muzik, mendengar berita, memantau keadaan cuaca serta mengawal peranti pintar di rumah.

Elite 45e

Elite 45e menawarkan gabungan pengalaman suara dan muzik terbaik kepada pengguna, headset neckbank lembut (dengan memori wire) ini mempunyai rupa bentuk yang ringan dalam kotak pembungkusan yang unik.

Elite 45e

 

Elite 65e

Elite 65e membawakan panggilan dan muzik wayarles yang terbaik dalam kelasnya, dua peringkat pembatalan bunyi termasuk Active Noise Cancellation (ANC) dan tiga mikrofon yang menghasilkan zon penghalang bunyi turut ditawarkan padanya.

Elite 65e

 

Elite Active 65t

Elite Active 65t pula direka untuk pengguna aktif yang mahukan pengalaman suara dan muzik wayarles sebenar. Rekaan earbuds ini mempunyai cengkaman yang lebih baik, hadir dengan salutan khas, accelerometer bersepadu bagi ciri-crii pengesanan dan pensijilan IP56 bagi peluh, air dan habuk.

Elite Active 65t

Earbuds ini menawarkan penggunaan selama 5 jam dengan sekali cas bagi mendengar muzik, ia disertakan sekali dua pengecas tambahan pada cradle.

Bagi yang berminat, boleh buat pra-tempahan pada Jun ini menerusi laman atas talian Lazada, 11street dan Shopee. Hadiah-hadiah percuma terhad seperti cermin mata hitam Ray-Ban bernilai RM1,099, jersi kebangsaan Piala Dunia Jerman bernilai RM289 dan banyak lagi akan diberikan.

Harga jualan produk Elite seperti berikut:
  • Elite 25e – RM309 (di pasaran sejak Dis 2017)
  • Elite 45e – RM399 (Baharu)
  • Elite 65t – RM749 (Di pasaran sejak Mei 2018)
  • Elite Active 65t – RM849 (Baharu)
  • Elite 65e – RM949 (Baharu)

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here