Pesaing Hebat Peranti Pintar Gaming Terbaru – ASUS ROG Phone

232
**********

Jika sebut sahaja peranti gaming, yang paling dikenali semestinya Razer Phone atau Black Shark! Terkini bertempat di Taiwan, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan peranti pintar gaming mereka iaitu ASUS ROG Phone.

Kehadiran peranti gaming ASUS ini sudah tentunya mampu mencabar model yang lain kerana spesifikasinya boleh dikatakan cukup power! Dengan kombinasi paparan skrin AMOLED berukuran 6 inci beresolusi 2160 x 1080 piksel pada nisbah 18:9, kadar segar semula 90Hz serta masa respon sentuhan 1ms menjanjikan sentuhan jari yang lebih tepat dan lancar semasa bermain.

Dari segi pemprosesan, ASUS ROG Phone telah dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 berkelajuan 2.96GHz. Demi memberi pengalaman bermain yang cukup sempurna, kad grafik yang paling berkuasa setakat ini iaitu Adreno 630 telah dibekalkan pada badan ini. Selain itu, sokongan storan dalaman UFS 2.1 sebesar 512GB bersama LPDDR4 8GB RAM disertakan sekali.

Dalam peranti ini tersedia satu fungsi yang sangat memudahkan pengguna, iaitu X Mode yang akan mengoptimumkan prestasi permainan di mana anda boleh menghentikan aplikasi yang sedang menggunakan RAM dan bateri hanya dengan satu klik sahaja.

Aspek utama pada peranti gaming tentunya isu kepanasan yang sering berlalu, justeru itu sokongan sistem penyejukan GameCool vapor-chamber mampu memastikan prestasi yang terbaik pada peranti ini. Spesifikasi menarik yang lain termasuk sistem operasi Android Oreo dengan antaramuka baru ROG Gaming UI, sambungan WiFi 802.11ad dan LTE Cat16.

Port audio 3.5mm disediakan pada AUSS ROG Phone, mampu menyempurnakan pengalaman bermain apabila fon kepala yang berkualiti dipakai semasa bermain.

Rekaan dua USB Type-C di bahagian bawah dan sisi peranti mendapat sambutan dan pujian dari peminat gaming, ini kerana ia memudahkan peranti ini digunakan dengan pelbagai aksesori tambahan, pada masa yang sama boleh dicas tanpa menganggu anda bermain.

Peranti gaming bukan sekadar memberi kepuasan bermain permainan, penggambaran juga tidak kalah dengan peranti yang memfokuskan kamera pada pasaran masa kini. AUS ROG Phone juga hadir dengan sokongan dwi kamera beresolusi 12MP + 8MP, sementara kamera hadapan beresolusi 8MP.

Mobile Desktop Dock
TwinView Dock

Aksesori tambahan turut diperkenalkan, seperti AeroActive Cooler yang menawarkan penyejukan tambahan yang lebih baik, Mobile Desktop Dock yang boleh menyambungkan pelbagai aksesori seperti tetikus, papan kekunci dan sebagainya pada peranti, Gamevice Controller dan TwinView Dock pula berfungsi seperti alat kawalan kosol, yang berbeza adalah TwinView Dock dilengkapi dengan bateri tambahan 6000mAh dan juga paparan skrin kedua.

AeroActive Cooler
Gamevice Controller

Menurut ASUS, peranti ASUS ROG Phone ini disasarkan pada suku ketiga 2018 di beberapa pasaran, termasuk Taiwan, China, Asia Tenggara dan Jepun.

 

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here