Perkhidmatan Tanpa Tunai Boost Kini Ditawarkan Oleh KK Mart

175
**********

[Kiri-Kanan] Alvin Huang Chong Yen (CEO, GHL), Eric Chong (Director of Merchants and Partnerships, Boost), Christopher Donald Tiffin (CEO, Boost), Datuk Seri Dr. KK Chai (CEO, KK Super Mart), Steven Lee (Senior Manager, KK Super Mart), Yap Chih Ming (CFO, GHL) di sidang media
Pengguna kini boleh membeli barangan tanpa menggunakan tunai atau kad di semua Rangkaian Kedai Serbaneka KK Mart berikutan kerjasama dengan aplikasi Boost. Kerjasama ini menyatukan dua jenama tempatan bergabung tenaga untuk menguatkan lagi rangkaian runcit luar talian dan menggalakkan perpindahan ke arah menjadi masyarakat tanpa tunai dan kad.

KK Super Mart adalah salah satu rangkaian kedai serbaneka 24/7 yang paling pantas berkembang di Malaysia, terletak secara strategik di kawasan padat berpenghuni, menawarkan harga berdaya saing dengan 9,000 variasi barangan keperluan harian termasuklah barangan jenama KK. Dengan peralihan negara ke arah digitalisasi, kerjasama ini merupakan langkah strategik dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan dan jumlah pelanggan.

Kini, pengguna Boost boleh membayar pembelian dan juga mendapat pulangan tunai apabila melakukan transaksi di KK Super Mart. Boost akan menawarkan pulangan tunai RM10 kepada pelanggan yang membayar menggunakan Boost di mana-mana KK Mart di Malaysia, dengan pembelian minimum RM20. Tawaran ini bermula 26 Jun sehingga 25 Ogos 2018.

Muat Turun Aplikasi Boost

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here