**********

HARGA: RM999

Jenama Wiko mungkin tidak segah jenama-jenama pengeluar telefon pintar yang ada di Malaysia, namun, Wiko mensasarkan untuk menjadi salah sebuah pengeluar yang bertindak sebagai ‘Game Changer’. Ini bermakna mereka komited terhadap inovasi dan perubahan yang tampak menarik kepada golongan muda.

Terbaru, jenama yang berasal dari Perancis ini memperkenalkan model baru dalam keluaran mereka yang sebelum ini diperkenalkan di pameran MWC 2018 iaitu Wiko VIEW2 PRO! Ingin mengetahui apa yang menarik mengenai telefon pintar ini? Teruskan membaca artikel yang kami sediakan!

 

SPESIFIKASI

PRESTASI
  • Sistem Operasi : Android 8.0 Oreo (Pure Android)
  • Cipset : Qualcomm Snapdragon 450
  • CPU : Octa-core 1.8GHz
  • GPU : Adreno 506
  • Semikonduktor : 14nm
MEMORI
  • ROM : 64GB
  • RAM : 4GB
  • microSD : sehingga 256GB
PAPARAN
  • Skrin : 6.0 inci IPS LCD
  • Resolusi : 1528 x 720 piksel
  • Kepadatan piksel : 282 ppi
  • Nisbah skrin-ke-kerangka : 80.89%
DIMENSI
  • Ukuran : 153 x 72.6 x 8.3 mm
  • Berat : 164g
KAMERA UTAMA
  • Dwi lensa : 16 Megapiksel + 8 Megapiksel Sony IMX499
  • Aperture : f/1.75
  • Jenis fokus : Super PDAF
  • Flash : Dual Tone LED Flash
KAMERA DEPAN
  • Lensa : 16 Megapiksel
  • Aperture : f/2.0
BATERI
  • Jenis : Lithium Ion
  • Kapasiti : 3000mAh
SAMBUNGAN
  • 4G LTE : Cat6 (300 Mbps / 50 Mbps)
  • WiFi : 802.11 a/b/g/n
  • Bluetooth : Bluetooth 4.2
  • NFC : Ada
  • USB : 2.0
  • Port audio : 3.5mm audio jack
  • Penglokasian : GPS, A-GPS
SLOT KAD
  • Slot 1 : nanoSIM
  • Slot 2 : nanoSIM / microSD
SENSOR

Pengimbas cap jari, Ambient light, Proximity, Accelerometer, E-compass, Gyroscope, Hall sensor, Barometer

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

REKA BENTUK

Paparan Skrin 19:9 ‘Rongak’

Seakan menjadi trend telefon pintar hari ini yang diperkenalkan hadir dengan paparan skrin ‘rongak’, Wiko juga tidak mahu ketinggalan. VIEW2 PRO adalah telefon pintar pertama keluaran Wiko yang menampilkan paparan skrin ‘rongak’ berukuran 6.0 inci dengan nisbah 19:9.

Penggunaan tagline ‘More-More Space’ pada telefon pintar ini adalah mengenai paparan skrin yang digunakan secara menyeluruh.

 

Penggambaran Dwi-Kamera & Pengimbas Cap Jari

Jika dilihat pada panel belakang telefon pintar ini, ia kelihatan seperti model keluaran honor. Ruangan ini telah menempatkan lensa utama dwi-kamera 16MP + 8MP dengan sokongan dual LED flash dan Super PDAF.

Bukan itu sahaja, di bahagian ini juga terdapat pengimbas cap jari yang pantas serta tulisan Wiko.

 

Slot Kad SIM & Butang

Memandangkan VIEW2 PRO diperbuat daripada logam + kaca, sisi kanannya telah menempatkan butang kuasa serta butang laras suara yang boleh dibezakan dengan tekstur.

(Kiri) Butang laras suara & butang kuasa (Kanan) Slot kad SIM

Manakala slot kad SIM pula terletak di bahagian sisi kiri peranti, yang mana perlu menggunakan pin ejektor untuk membuka slot kad tersebut.

 

Port & Speaker

Rekaan bahagian atas VIEW2 PRO kelihatan agak ringkas, hanya menyediakan port untuk audio jack, mikrofon serta jalur antena sahaja.

Di bahagian bawah pula kelihatan dua jalur antena yang diperbuat daripada logam, dua buah speaker serta microUSB 2.0 yang berada ditengah-tengah speaker.

 

Kamera Swafoto

Sekali pandang rekaan kamera hadapan telefon pintar ini, ia mengingatkan kami kepada model Essential Phone yang menempatkan kamera swafoto agak unik di tengah-tengahnya.

Kamera swafoto yang berada di atas paparan skrin ini menyokong resolusi 16 Megapiksel dengan pelbagai mod menarik

 

ULASAN

Pertama kali kami melihat dan memegang Wiko VIEW2 PRO ini, tidak dinafikan rekaannya kelihatan eksklusif dengan panel belakang diperbuat daripada logam + kaca. Ditambah pula, telefon pintar ini menampilkan paparan skrin ‘rongak’ bersaiz 6.0 inci dengan nisbah 19:9 yang menjadi trend pengeluar hari ini.

Lebih istimewa, ia merupakan model pertama keluaran Wiko yang menyokong penggunaan dwi-kamera untuk hasil gambar yang lebih cantik! Namun begitu, kehadiran bezel dan notch yang kelihatan tebal sedikit sebanyak mencacatkan paparan skrin telefon pintar ini. Malah rekaannya juga dilihat sedikit tebal jika dibandingkan dengan jenama lain yang ada di pasaran.

 

Unboxing! Wiko VIEW2 PRO ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here