**********

HARGA: RM1,600

Nokia sememangnya sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia merupakan salah satu jenama yang sangat gah satu ketika dahulu. Kini Nokia kembali dengan model kelas pertengahan terbarunya iaitu Nokia 7 Plus.

Jika dilihat daripada spesifikasi yang dipertaruhkan, Nokia 7 Plus ini pastinya mampu menggugat model kelas pertengahan sedia ada di pasaran kerana pada harga yang mampu milik serta menawarkan spesifikasi yang berkuasa. Ingin tahu apakah keistimewaan yang ditonjolkan oleh telefon pintar ini jika dibandingkan dengan peranti lain?! Kami akan mendedahkan ciri-ciri menariknya seterusnya…

 

PAKEJ PEMBELIAN

 

SPESIFIKASI

PRESTASI
  • Sistem Operasi : Android 8.1. Oreo (Android One)
  • Cipset : Qualcomm Snapdragon 660
  • CPU : Octa-core (4x 2.2GHz Kryo + 4x 1.8GHz Kryo)
  • GPU : Adreno 512
  • Semikonduktor : 14nm
MEMORI
  • ROM : 64GB
  • RAM : 4GB
  • microSD : sehingga 256GB
PAPARAN
  • Skrin : 6.0 inci IPS LCD
  • Resolusi : 2180 x 1080 piksel
  • Jenis paparan : Corning Gorilla Glass 3
  • Kepadatan piksel : 402 ppi
  • Nisbah skrin-ke-kerangka : 77.8%
DIMENSI
  • Ukuran : 158.38 x 75.64 x 9.55mm
  • Berat : 186g
KAMERA UTAMA
  • Dwi lensa : 12 Megapiksel + 13 Megapiksel ZEISS
  • Aperture : f/1.75 + f/2.6
  • Saiz piksel : 1.4µm + 1.0µm
  • Jenis fokus : PDAF
  • Flash : Dual Real Tone LED Flash
KAMERA DEPAN
  • Lensa : 16 Megapiksel ZEISS
  • Aperture : f/2.0
BATERI
  • Jenis : Lithium Ion
  • Kapasiti : 3800mAh
  • Teknologi pengecasan : Quick Charge 3.0
SAMBUNGAN
  • 4G LTE : Cat9 (300 Mbps / 50 Mbps)
  • WiFi : 802.11 a/b/g/n/ac (MIMO)
  • Bluetooth : Bluetooth 5.0
  • NFC : Ada
  • USB : Type-C (USB 3.1)
  • Port audio : 3.5mm audio jack
  • Penglokasian : GPS, A-GPS, GLONASS, BDS
SLOT KAD
  • Slot 1 : nanoSIM
  • Slot 2 : nanoSIM / microSD
SENSOR

Pengimbas cap jari, Ambient light, Proximity, Accelerometer, E-compass, Gyroscope, Hall sensor, Barometer

 

FIZIKAL

Paparan Skrin

Nokia 7 Plus adalah telefon pintar kelas pertengahan yang hadir dengan nisbah skrin 18:9 bersama paparan IPS LCD 6-inci HD penuh+ dengan tahap keterangan mencecah 500nits.

Walaupun menampilkan paparan skrin 6.0 inci, ianya masih selesa dipegang dengan sebelah tangan.

 

Kerangka Logam

Kerangka badan peranti ini diperbuat daripada bahan berasaskan logam, malah dengan 6 lapisan warna ia tampak seperti peranti yang menggunakan panel gelas yang premium.

Dengan kemasan yang dihasilkan, ia sangat selesa dipegang di samping jalur antena juga tidak kelihatan.

 

Port Audio

Nokia 7 Plus merupakan salah satu model yang masih mengekalkan port 3.5mm audio jack dan ia ditempatkan di bahagian atas kerangka. Bahkan pada bahagian ini juga kelihatan jalur antena yang diperbuat daripada logam ini pada bahagian atas kerangka.

 

Port USB & Speaker

Sama seperti rekaan pada bahagian atas kerangka, bahagian bawah kerangka Nokia 7 Plus juga hadir dengan jalur antena yang diperbuat daripada logam.

Pada bahagian ini telah menempatkan satu lubang mikrofon, port USB Type-C dan juga speaker mono dengan rekaan dua lubang berasingan.

 

Slot Kad SIM & microSD

Seperti kebanyakan telefon pintar hari ini yang dibekalkan dengan dua kad SIM jenis hibrid, begitu juga dengan Nokia 7 Plus. Slot kad SIM ini terletak di bahagian sisi kiri peranti, di mana anda perlu menggunakan pin ejektor untuk membuka slot kad tersebut.

Anda juga boleh memilih untuk menggunakan dua kad SIM ataupun memilih satu kad SIM dan satu kad tambahan microSD.

 

Lensa Penggambaran

Pada bahagian penggambaran, peranti ini menggabungkan dua lensa kamera iaitu 12MP dengan aperture f/1.75 dan 12MP telefoto 2x zum bersama aperture f/2.6.

Kamera utama

Manakala kamera depan pula beresolusi 16 Megapiksel lensa sudut-lebar dibantu aperture f/2.0. Kesemua sensor kamera menggunakan jenama Zeiss.

 

ULASAN

Pertama kali kami terpandang rekaan Nokia 7 Plus berwarna Black/Copper ini, panel belakangnya mengingatkan kami kepada Samsung Galaxy Note 3. Tidak dinafikan, kami sangat tertarik dengan reka bentuk telefon pintar ini kerana kerangka badannya diperbuat daripada bahan berasaskan logam, malah dengan 6 lapisan warna ia tampak seperti peranti yang menggunakan panel gelas yang premium.

Dibekalkan dengan paparan skrin 6.0 inci Full HD+ dengan nisbah 18:9, Nokia 7 Plus masih selesa dipegang walaupun dengan sebelah tangan. Pakej pembelian Nokia 7 Plus juga dianggap berbaloi dengan aksesori seperti pelindung skrin jernih, adapter pengecasan pantas, USB Type-C serta pin slot untuk membuka kad SIM.

 

Unboxing! Nokia 7 Plus ↓↓↓

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here