OPPO F7 Youth Dengan AI Beauty 2.0 Kini Ditawarkan Di Malaysia Berharga RM1,099

222
**********

OPPO Malaysia hari ini akan mula memasarkan OPPO F7 Youth secara rasmi pada harga RM1,099 dengan pilihan warna Sunrise Red dan Diamond Black. Secara tidak langsung ia menjadi pilihan alternatif selain memilih OPPO F7 yang sedia ada di luar sana.

 

Peranti ini menerima rekaan Super Full Screen bersaiz 6-inci FHD+ dengan padanan antaramuka ColorOS 5.0 yang dioperasikan perisian berasaskan Android 8.1 Oreo. Menjadi imej tumpu sebagai telefon swafoto, ia dilengkapi kamera depan 8 Megapiksel dengan teknologi AI Beauty 2.0. Ciri ini mampu mencantikkan wajah melalui hampir 300 poin pengecaman. Integrasi kecerdasan buatan generasi kedua ini juga dapat mengenal pasti penswafoto mengikut jantina, umur, warna dan jenis kulit.

Hasil gambar daripada kamera depan OPPO F7 Youth

Dijana cip pemproses MediaTek MT6771 Helio P60, perkakasan dalaman turut ditemani dengan memori RAM sebesar 4GB dan storan seluas 64G. Selain itu, bateri yang menguasakan peranti pula ialah berkapasiti 3,410mAh dengan kemampuan masa penggunaan sehingga 15 jam.

Peranti ini boleh dibeli di mana-mana kedai konsep OPPO dan wakil penjual sah seluruh Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here